Hashtag #navypeople buat ramai sebak, pengorbanan wira lautan disanjung

Iklan
Hashtag #navypeople buat ramai sebak, pengorbanan wira lautan disanjung

RABU lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi kapal selam milik Angkatan Laut Indonesia (TNI) yang membawa 53 anak kapal hilang di perairan sekitar 60 batu di utara Bali, selepas menyelam ke dasar laut.

Kapal yang sedang dalam misi latihan penembakan torpedo itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan kira-kira 95 kilometer dari Bali Utara sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan turut disertai 21 kapal TNI, lima pesawat tempur dan satu kapal selam lain.

Iklan
Iklan

Panglima TNI KRI Nanggala-402, Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan berita mengenai kehilangan kapal selam buatan Jerman pada 1979 itu dan semalam beliau mengumumkan semua kru kapal selam berkenaan telah terkorban.

Iklan

Tidak terkecuali, Panglima Tentera Laut Malaysia turut mendoakan agar keluarga anak kapal berkenaan dikurniakan kekuatan.

Iklan

Ternyata, hashtag #navypeople buat orang ramai sebak, pengorbanan wira lautan amat disanjung!

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo serta seluruh rakyat Indonesia susulan tragedi kemalangan yang menimpa kapal selam KRI Nanggala-402.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian perajurit-perajurit dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian dan dugaan yang besar pada bulan Ramadan ini.

Artikel berkenaan: [VIDEO] Kapal terbelah 3, 53 kru KRI Nanggala 402 gugur. Lagu terakhir Sampai Jumpa buat ramai pilu

Disamping itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan seluruh rakyat republik itu susulan tragedi yang menimpa kapal selam berkenaan.

Beliau yang mewakili rakyat Malaysia turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

Al-Fatihah. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terlibat.