[VIDEO] Kapal terbelah 3, 53 kru KRI Nanggala 402 gugur. Lagu terakhir Sampai Jumpa buat ramai pilu

A
A
A

Seolah-olah tahu mereka akan pergi, nyanyian lagu Sampai Jumpa yang dinyanyikan kru KRI Nanggala 402 umpama kata-kata akhir mereka buat orang-orang yang tersayang.

Sebuah video menunjukkan anak kapal tengah menyanyikan lagu berjudul Sampai Jumpa kini tular di media sosial.

Penyanyi asal lagu tersebut vokalis kumpulan Endank Soekamti, Erix melalui luahannya di media sosial berharap lagu ciptaannya tersebut mampu menjadi pesan untuk keluarga yang ditinggalkan. SinarPlus mendapati bait-bait lirik lagu tersebut amat meruntun perasaan siapa sahaja yang mendengarnya seolah-olah pesanan anak kapal buat orang-orang yang tersayang.

Bersama ini dikongsikan lirik lagu tersebut;

Datang akan pergi

Lewat 'kan berlalu

Ada 'kan tiada bertemu akan berpisah

Awal 'kan berakhir

Terbit 'kan tenggelam

Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari

Untuk kita bertemu lagi

Kurelakan dirimu pergi

Meskipun ku tak siap untuk merindu

Ku tak siap tanpa dirimu

Kuharap terbaik untukmu

Du-du-du-du

Du-du-du-du

Du-du-du-du

Du-du-du-du

Datang akan pergi

Lewat 'kan berlalu

Ada 'kan tiada bertemu akan berpisah

Awal 'kan berakhir

Terbit 'kan tenggelam

Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari

Untuk kita bertemu lagi

Kurelakan dirimu pergi

Meskipun ku tak siap…

Kapal pecah kepada 3 bahagian

Dalam pada itu, Tentara Nasional Indonesia (TNI) juga berkongsi beberapa visual yang menunjukkan kapal selam itu ditemui dengan kesan-kesan yang ditinggallkan.

Panglima TNI Hadi Tjahjanto mengumumkan seluruh anak kapal KRI Nanggala 402 meninggal dunia. Kapal tersebut dikatakan tenggelam di perairan utara Bali dan mengesahkan 53 kru kapal selam berkenaan sudah meninggal dunia.

Ketua Ketua Turus Tentera Laut Indonesia, Yudo Margono, mengesahkan serpihan kapal selam yang hilang Rabu lalu itu ditemui pecah kepada tiga bahagian kapal selam itu.

Pihak berkuasa berkata mereka menerima isyarat dari lokasi pada kedalaman lebih 800 meter awal pagi tadi dan menggunakan kapal selam penyelamat milik Singapura bagi mendapatkan pengesahan visual.

Tjahjanto berkata lebih banyak serpihan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui termasuk sebuah sauh serta sut keselamatan dipakai oleh anak kapal.

 

Semalam, Tentera Laut Indonesia memaklumkan penemuan serpihan daripada kapal selam itu, termasuk barangan dari dalam aset itu, lalu mengesahkan ia tenggelam dan mengakhiri harapan menemui individu yang terselamat.

Antara barangan ditemui termasuklah serpihan sistem torpedo, sebotol minyak pelincir periskop serta sejadah yang digunakan untuk solat.

Visual dari "Remotely Operated Underwater Vehicle" terakam keadaan kapal berkenaan yang telah "terbelah menjadi tiga bahagian" di kedalaman 838 meter.

Solat ghaib

Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas berkongsi tentang kesedihan atas gugurnya anak kapal KRI Nanggala-402 yang pergi saat bertugas.dan mengajak rakyat yang beragama di Indonesia mendoakan semua anak kapal.

Yaqut mengajak umat Islam melakukan solat jenazah ghaib dan semua anak kapal yang gugur mendapat tempat terbaik di sisiNya. Beliau turut juga berharap keluarga para perajurit terbabit yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan.

47 daripada dari Jawa Timur

Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa mengatakan tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala 402 menjadi kedukaan yang mendalam bagi warga Jawa Timur, Indonesia.

Ini kerana 47 orang daripada 53 anak kapal terbabit berasal dari wilayah itu. “Ada yang dari Surabaya, Gresik, Sidoarjo, Mojokerto, Bojonegoro, Lamongan, Bangkalan, Madiun, Probolinggo, Tulungagung, Nganjuk, Kediri, Tuban dan Banyuwangi," kata Khofifah kepada portal berita tempatan.

Sumber: CNN Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang