Roti murtabak ayam, menu sahur mengenyangkan

Iklan
murtabak

 

Pejam celik pejam celik tanpa disedari sudah lebih dua minggu kita menyambut bulan Ramadan tahun ini. Ibu-ibu sering menghadapi dilema dalam menentukan menu untuk berbuka dan bersahur.

Iklan
Iklan

Sahur merupakan masa yang paling singkat untuk penyediaan makanan dan kebiasaanya, selalunya ramai yang akan memanaskan lebihan lauk berbuka untuk bersahur.

Memahami perkara ini, Gardenia mengeluarkan resipi 'sahur kilat' iaitu roti murtabak ayam yang boleh dimasak dalam masa enam minit.

Iklan

Menu ini sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan baki lauk berbuka. Oleh itu, masa penyediaan sajian sahur keluarga lebih singkat tapi hasilnya menyelerakan.

 

Iklan

Bahan-bahan

1 cawan isi kari ayam kering

3 keping roti Gardenia Original Classic

2 biji telur Gred A

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada sulah

2 sudu besar hirisan daun ketumbar

 

Cara penyediaan

1. Ratakan isi kari ayam di atas roti dan taburkan daun ketumbar

2. Ulangi langkah 1, untuk membuat dua lapisan sandwich

3. Kemudian, tutupkan dengan satu keping roti di atas lapisan sandwich

4. Pukul telur bersama garam dan lada sulah di dalam mangkuk

5. Tuangkan setengah bancuhan telur ke atas kuali dan ratakannya supaya telur dadar menjadi nipis serta menutupi permukaan kuali

6. Celupkan luaran roti bertingkat dalam bancuhan telur dan terus letakkan di tengah telur dadar

7. Bungkuskan roti bertingkar tersebut setelah telur dadar masak sepenuhnya

8. Potong roti murtabak ayam menjadi segitiga dan sedia untuk dihidangkan.

 

Untuk mendapatkan tekstur lapisan telur yang cantik, gunakan kuali yang tidak melekat.

Bagi yang masih mencari-cari menu bersahur, boleh mencuba menu ringkas dan mudah disediakan ini.

Bukan sahaja mengenyangkan malah lebih tahan lama dan mampu menyokong aktiviti seharian korang sehingga waktu berbuka.

 

Sumber: Gardenia

Baca juga: Biskut Raya Tak Perlu Bakar Rasa Coklat Kaw kaw, Resipinya Mudah Hingga 5k Perkongsian