LEBIH kurang daripada dua minggu, umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Bila menyebut tentang sahaja hari raya, mesti terbayang di fikiran pelbagai sajian yang terhidang di meja makan. Salah satunya yang mejadi kemestian ialah biskut raya.

Mungkin ada sesetengah daripada kita lebih memilih untuk membeli sahaja biskut raya kerana lebih mudah. Atau disebabkan oleh kekangan kerja atau tiada ketuhar pembakar untuk membakar biskut raya.

Dengan resipi biskut raya yang mudah ini, korang boleh buat sendiri biskut raya tanpa perlu risau tiada ketuhar.

Resipi biskut raya tanpa perlu dibakar ini adalah kiriman oleh Muhammad Ali di laman Facebook Masak Apa Hari Ni yang mendapat 5,000 perkongsian. Mari kita ikuti catatan dan resepi mudah ‘Choco Rich Ball’ tanpa ketuhar ini.

RESEPI TANPA BAKAR BISKUT RAYA CHOCO RICH BALL

“Resipi yang sangat sangat sedap. Kaya dengan rasa dark chocolate. Kejap sahaja habis kalau buat untuk anak anak…resepi ni tak ada ‘inspired by.’ Memang hasil cipta daripada saya sendiri. Jom buat!

“Satu adunan dapat lebih kurang 60 keping biskut dalam paper cup mini bergantung kepada pada saiz yang dibentuk,” kata Ali.

Bahan-bahan

BAHAGIAN CHOCOLATE BALL

325 gram chocolate compound (Dark Chocolate)
300 gram biskut Marie
250 gram mentega
120 gram serbuk koko
100 gram susu Pekat
Mini cookies paper cup macam dalam gambar
.
BAHAGIAN TOPPING

500 gram chocolate compund (Dark chocolate)
4 sudu kecil minyak masak

Cara – cara penyediaan

CARA MEMBUAT CHOCOLATE BALL

Iklan

1. Cairkan 250 gram mentega dan 325 gram coklat compound. Boleh pakai kaedah double boil atau microwave.

Kalau double boil. Masukan sekali mentega & coklat tu. Api perlahan. Apabila sudah cair tutup api. Terus masukan bahan-bahan susu pekat dan serbuk koko. Semasa ia panas-panas, kacau sampai sebati. Microwave pun sama. Apabila mentega dan coklat cair, masukan bahan-bahan lain dan kacau sebati.

2. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain. Hancurkan dulu awal-awal sebelum langkah pertama tadi.
3. Masukkan biskut yang dihancurkan ke dalam adunan mentega dan coklat dan gaul sehingga sebati.
4. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Jangan gentel sebab dia akan crack. Mampatkan dan buat bentuk kecil-kecil dan masukan dalam mini paper cup tadi.
5. Buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap. Guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah. Pakai lidi sate pun boleh. Janji yang belum digunakan.
6. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
7. Setkan ke dalam peti selama 10 minit.

Iklan

CARA MEMBUAT BAHAGIAN TOPPING

1. Cairkan 500 gram dark chocolate.
2. Masukkan 4 sudu kecil minyak masak ke dalam dark chocolate yang dicairkan dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
4. Hias ikut kreativiti anda.
5. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Bila kita sentuh ia tidak melekit. Tidak perlu letak dalam peti ais.
6. Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak di luar sahaja. Senang kan. Memang sedap, serius tak tipu
.
Selamat Mencuba!

Sumber: Muhammad Ali