Enak dan membuka selera, 5 resipi sotong ini mudah disediakan untuk juadah berbuka

Iklan
sotong

 

Pejam celik, hari ini sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Setiap hari memasak, korang mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk menyediakan juadah berbuka.

Iklan
Iklan

Bagi yang masih bujang, kebiasaannya mereka hanya membeli sahaja makanan sedia dimasak atau makan di luar sambil menjelajah bazar ramadan yang ada. Untuk yang bekeluarga pula memasak adalah pilihan yang terbaik dan lebih menjimatkan.

Para ibu terutamanya mesti kehabisan idea untuk memasak sajian untuk berbuka puasa kan? Jangan risau, korang boleh mencuba lima resipi ini untuk juadah berbuka nanti.

Iklan

Bagi pengemar ‘seafood’ terutamanya sotong, resipi-resipi ini sangat mudah untuk disediakan dan yang pasti sangat  menyelerakan.

 

Iklan

[caption id="attachment_44462" width="1024"] Foto: FB Syed Adib[/caption]

 

Kari Sotong Ala Mamak

Bahan-bahan

Sotong

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

5 - 6 tangkai Cili kering (boleh juga pakai serbuk cili)

Halia

½ biji bawang besar (dihiris)

1 sudu halba campur

2 tangkai daun kari

2 biji ubi kentang

1 biji tomato

1 biji lada besar

Air dan air asam jawa

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis halba campur, daun kari dan bawang besar

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia dan cili kering.

3. Apabila sudah naik bau, masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air. Ulang proses yang sama sebanyak dua kali (Masak hingga naik minyak, masukkan air).

4. Masukkan serbuk kari ikan dan gaul rata. Biarkan sekejap sebelum tambah satu cawan air. Kacau rata.

5. Masukkan pula kentang yang telah dipotong nipis. Biarkan sehingga kentang empuk dan masukkan air asam jawa.

6. Masukkan sotong dan kacau manja.

7. Perasakan dengan secubit garam dan gula.

8. Masukkan tomato dan lada besar.

9. Siap dan sedia dihidang.

 

[caption id="attachment_44463" width="1024"] Foto: FB Syed Adib[/caption]

 

Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari

Bahan-bahan

1/2 kg sotong (anggaran 4-5 ekor)

1 batang serai (hiris nipis)

4 hiris lengkuas

4 ulas bawang putih (dihiris)

1 tangkai daun ketumbar bersama akar

2 helai daun limau purut

Sos

Bahan-bahan

6 tangkai cili padi merah dan hijau (dihiris)

1 sudu besar gula pasir

3 sudu besar jus limau (dihiris)

2 1/2 sudu besar sos ikan

1/4 sudu kecil garam

1 ulas bawang putih (dihiris)

Cara penyediaan

1. Kelarkan sotong tapi jangan sampai putus.

2. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.

3. Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.

4. Susun ke dalam pinggan.

5. Satukan semua bahan sos, kacau rata.

6. Tuang ke atas sotong kukus tadi.

7. Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.Siap untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Roti murtabak ayam, menu sahur mengenyangkan

[caption id="attachment_44464" width="1024"] Foto: Syed Adib[/caption]

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Bahan-bahan

Sotong (saiz besar kalau boleh yang bertelur)

15 tangkai lada kering (dikisar)

5 biji cili merah

5 ulas bawang kecil

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

3 biji buah keras

1 batang serai

2 sudu besar sos tiram

Air asam jawa secukupnya

Garam dan gula

Sedikit minyak masak

Cara penyediaan

1. Sotong dibersihkan dan dikelar tetapi jangan sampai tidak putus.

2. Kisar lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai.

3. Masukkan sos tiram, air asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan sedikit minyak masak dan adunkan semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal. Ratakan sambal ke atas pemanggang dan letakkan sotong .Tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.

5. Panggang lebih kurang selama lima hingga tujuh minit.

6. Untuk keringkan air, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak.

7. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.

8. Selamat mencuba

 

BACA JUGA: Telur Dadar Gebu Berkeju kaya protein bekalkan tenaga hingga waktu berbuka

 

[caption id="attachment_44465" width="1024"] Foto: FB Ibu Resepi[/caption]

 

Sotong Phat Phet

Bahan A(dikisar)

Cili api atau cili merah (ikut kepedasan yang diingini)

Bawang putih

Bawang merah

Kunyit hidup

Serai

Belacan

Lada hitam- letak sikit ja

*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong

Bahan B

Sotong

Asam keping

1 batang serai (dititik)

Sedikit garam dan gula

Daun limau purut

Sedikit sayur-sayuran

Kacang panjang

Lobak merah

Bunga kobis

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumis bahan A

2. Masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak dan masukkan sedikit air.

3. Masukkan sotong, asam keping, limau purut garam serta gula.

4. Masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis.

5.Kacau rata dan biarkan layu sedikit.

6. Angkat dan siap dihidang bersama nasi panas.

 

[caption id="attachment_44466" width="1024"] Foto: FB Resepi Bonda[/caption]

Sotong Telur Masin

Bahan A

10 ekor sotong (dipotong nipis)

5 sudu besar tepung jagung

3 sudu besar lada sulah

1 biji telur

Sedikit garam (Gaul semua bahan dan goreng selama tiga hingga empat minit)

Bahan B

Beberapa helai daun kari

3 btg cili padi

3 sudu besar mentega bergaram

1 sudu besar gula

1 sudu besar serbuk pati ayam

2 biji telur masin (Direbus dan hancurkan)

Cara penyediaan

1. Cairkan mentega dan masukkan telur kuning (masak sampai berbuih)

2. Masukkan cili padi, daun kari, serbuk pati ayam dan gaul rata.

3. Masukkan sotong goreng dan gaul sampai rata/kering.

4. Tutup api dan tabur telur masin.

5. Siap.

 

Mudah bukan? Jadikan saat berbuka adalah masa berkualiti bersama keluarga dengan juadah yang enak dengan mencuba resipi-resipi di atas. Selamat mencuba!

 

Sumber: Facebook Syed Adib

Sumber: Facebook Ibu Resepi

Sumber: Facebook Resepi Bonda