Berbuka puasa merupakan saat yang paling menyeronokkan ketika  bulan Ramadan tetapi bersahur juga harus diberi keutamaan.

Jangan terlepas waktu bersahur kerana pengambilan makanan ketika sahur merupakan sumber tenaga badan korang untuk bertahan dan berpuasa pada siang hari.

Jika korang kekurangan masa untuk menyediakan makanan berat seperti nasi, sayur dan lauk pauk, pilihlah makanan yang mudah disediakan tapi tinggi khasiatnya seperti telur.

Telur mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.

Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi. Oleh itu, Gardenia dengan kebaikan nutrinegy menyediakan resipi ‘sahur kilat’ Telur Dadar Gebu Berkeju.

Menu ini sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang cepat dan menyelerakan malah mengambil masa selama 10 minit sahaja untuk disediakan.

 

Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)

 

Baca Juga: Roti murtabak ayam, menu sahur mengenyangkan

Iklan

 

Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2.Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3.Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4.Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5.Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6.Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7.Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8.Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup

 

Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.

Iklan

 

Yang pasti, menu yang dijamah semasa sahur adalah yang mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga waktu berbuka.

Sumber: Gardenia