ADA masa tertentu, kita berasa gatal dalam telinga. Sudahlah sedang berpuasa, mahu mengoreknya terasa serba salah pula. Bukan apa, kita khuatir perbuatan tersebut boleh membatalkan puasa berkenaan.
Jika dibiarkan, ia boleh mendatangkan ketidakselesaan pada anggota berkenaan. Rasa tak kena pula sepanjang hari dan membuatkan mood kita untuk melakukan kerja-kerja lain sedikit terganggu.
Begitu juga dengan anggota badan yang lain seperti hidung. Apabila datang rasa gatal, memang serba tidak kena dibuatnya.
Andai kata, kita berada dalam situasi berkenaan, bolehkah kita mengorek telinga atau hidung? Apakah ia dikira membatalkan puasa?
Pendakwah Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da’i Syafiqah menjelaskan, dalam kes korek telinga dan hidung, ia boleh diklasifikasikan kepada tiga keadaan.
[caption id="attachment_19478" width="1024"] DA'I SYAFIQAH[/caption]
"Satu lagi kategori, hukumnya boleh membatalkan puasa. Suka untuk saya ingatkan bahawa antara perkara yang boleh membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga dan kemaluan.
Baca juga Jangan korek telinga, bahaya! 'Tahi' itu ada fungsinya
[caption id="attachment_44568" width="1024"] MENGOREK hidung atau telinga ketika sedang berpuasa boleh jadi samaada harus, makruh atau batal bergantung kepada keadaan.[/caption]
Justeru, jelas Da’i Syafiqah lagi, sekiranya kita masukkan sesuatu ain ataupun korek melebihi had sempadan ruang rongga tersebut, ia boleh membatalkan puasa.
"Andai kata kita korek hidung ataupun telinga ketika berhajat dan tidak melebihi sempadan had tersebut, ia tidaklah membatalkan puasa,” ujar beliau.
Foto: Freepik