EB Chicken Roll hasilkan tiga perisa berbeza, wajib cuba!

Iklan
EB Chicken Roll hasilkan tiga perisa berbeza, wajib cuba!

EB Frozen Food, syarikat yang menyediakan produk makanan sejuk beku kali ini tampil dengan produk Chicken Roll yang boleh didapati dalam tiga jenis di pasaran seluruh Malaysia iaitu Original Chicken Roll, Cheesy Chicken Roll dan Salted Egg Chicken Roll.

Setiap produk Chicken Roll ini didatangkan dengan harga berbeza. Original Chicken Roll dengan kuantiti 600 gram dijual pada harga RM12.75, Cheesy Chicken Roll 600 gram (RM15.40) dan Salted Egg Chicken Roll 600 gram (RM15.40).

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap EB Frozen Food, makanan sejuk beku ini boleh didapati di pasar raya Aeon, NSK, Village Grocer, TF Value, Checkers, Lulu, Sunshine, Super Seven, Jaya Grocer dan Billion.

Iklan

Apa yang menarik, bahan yang digunakan untuk ketiga-tiga jenis produk itu terdiri daripada bahan asli dan pengguna boleh merasai kelazatan keju dalam Cheesy Chicken Roll.

Makanan sejuk beku seperti sosej, sering dikaitkan dengan bahan yang tidak sihat kerana kandungan pembuatannya yang bercampurcampur. Berlainan dengan produk Chicken Roll kerana pengguna boleh menikmati isi ayam segar di dalamnya.

Iklan

Keistimewaan kulit di bahagian luar ketiga-tiga produk Chicken Roll keluaran EB Frozen Food juga terserlah kerana diperbuat daripada kacang soya.

Menceritakan tentang timbulnya idea untuk menghasilkan tiga jenis Chicken Roll yang berbeza, menurut EB mereka mahu menyediakan sesuatu yang berbeza untuk citarasa pelanggan yang pelbagai lapisan usia dan budaya.

Kesemua produk makanan sejuk beku yang ditawarkan kepada pengguna cepat dan mudah disediakan dan paling penting kualitinya sentiasa terjaga dan terjamin.

Baca juga Insiden Sambal Nyet Khairul Aming diciplak, wanita tampil mohon maaf. 2 cadangan ini boleh elakkan ia berulang

Dari segi penyediaan, makanan sejuk  beku ini tidak perlu dinyahbeku. Caracara untuk memasak juga disediakan di setiap pembungkusan.

Dengan cara penyediaan yang mudah dan cepat, produk Chicken Roll ini sesuai untuk mereka bujang atau mereka yang sibuk sepanjang hari.

Anda tidak perlu meragui produk yang dikeluarkan oleh EB Frozen Food kerana setiap produk yang dihasilkan mempunyai status halal.

OBJEKTIF EB FROZEN FOOD

  • Menjadi syarikat makanan sejuk beku terkemuka di dunia.
  • Menjadi syarikat yang inovatif dan progresif menghasilkan produk segar dengan jaminan kualiti tertinggi hingga ke pringkat dunia.

Ayuh cuba! Sangat mudah dan cepat.