KHARUL AMING nama yang tidak asing lagi. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini kerana perkongsian resipi olehnya saban hari.

Instafamous yang memiliki tiga juta pengikut di Instagram ini dalam hantaran terbaru berkongsi tentang penemuan penjualan sambal jualannya, Sambal Nyet yang tidak asli.

Sambal Nyet tiruan berkenaan mempunyai kualiti yang rendah. Susulan daripada kewujudan sambal tiruan itu, pihaknya kerap menerima aduan daripada pelanggan bahawa sambal yang pecah botolnya, basi, berair.

Setelah mengenalpasti penjual terbabit, anak kelahiran Kota Bharu ini meminta rakannya untuk memesan sebotol sambal tiruan daripada penjual terbabit .  Dia mendapati sambal berkenaan berbau busuk, berminyak gelap dan menggunakan pelekat yang dicetak pada kualiti rendah selain packaging yang tidak kemas.

Lebih mengecewakan Khairul Aming ialah penjual berkenaan sudah menjual lebih 700 botol. Tidak sekadar mendedahkan penjual sambal tiruan, dia turut kecewa dengan sikap pembeli yang mengambil jalan mudah membeli daripada reseller dan apabila tidak berpuas hati terus berkongsikan gambar sambal yang dibeli tersebut basi.

Artikel berkaitan: “Aku Baling Senduk Baru Tau” Khairul Aming Bengang Ramai Scammer Jual Sambal Nyet!

 

 

Susulan video yang dikongsikan di Instagram, penjual wanita tersebut membuat pengakuan di menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitter Khairul Aming berkongsi video pengakuan dan permohonan maaf daripada penjual berkenaan. Kedai dalam talian wanita yang bernama Mastura Aliyah di Shopee juga telah di larang operasi.

 

Iklan

 

Selain itu, Khairul Aming juga turut menerima pelbagai reaksi dan cadangan daripada warganet. Walau pun cef selebriti ini sering berpesan supaya membeli Sambal Nyet terus daripada kedainya di Shopee, ada yang memberi cadangan yang paling bernas agar Sambal Nyet disertakan ciri khas iaitu meletakkan pelekat hologram dan QR code bagi sebagai tanda keaslian produk.

Iklan

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran agar tidak mengambil untung mudah hasil dari titik peluh orang lain.

Sumber: Instagram dan Twitter Khairul Aming