Ellie Goulding bersalin anak pertama, kongsi momen sangat magikal

Iklan
ellie

 

PENYANYI, Ellie Goulding melahirkan anak pertama bersama suami, Caspar Jopling.

Iklan
Iklan

Ellie Goulding atau nama sebenarnya Elena Jane Goulding, 34, melahirkan anaknya selepas seminggu dia membuat pengumuman yang mengejutkan kepada peminatnya bahawa dia sedang hamil 30 minggu atau hampir lapan bulan ketika pengambaran untuk majalah Vogue.

 

Iklan

 

Iklan

Berita tentang kelahiran bayi mereka disahkan oleh Caspar melalui ‘Instagram Story’ pada Ahad lepas bersama gambar bunga dan kapsyen,"ibu dan bayi sihat dan gembira. Bersyukur sangat.”

"Saya tidak berminat untuk mencampuri urusan kerja Ellie, tetapi untuk momen yang sangat magikal ketika ini, kami berbesar hati untuk kongsikan privasi kami,” tulisnya.

 

Baca Juga: Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

 

Penyanyi lagu Love Me Like You Do itu disahkan mengandung ketika menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di Italy pada Ogos tahun lalu.

Ujarnya, perkara itu sangat mengujakan kerana berlaku ketika menyambut ulang tahun pertama perkahwinan. Ellie tidak menyangkan impiannya untuk mengandung menjadi realiti.

 

Ellie juga mengakui sangat teruja sepanjang kehamilan yang dianggapnya sebagai pengalaman berharga. Perubahan yang terjadi kepada tubuhnya dengan kandungan yang semakin membesar adalah satu keajaiban.

Ellie dan suaminya, Caspar bertemu pada 2016 selepas ditemukan oleh kawan baik mereka, Princess Eugenie.

Pasangan itu berkahwin dalam majlis yang sangat meriah di York Minister pada Ogos 2019. Ia turut dihadiri oleh ramai kerabat diraja Britian, pelakon Sienna Miller, penyanyi Katy Perry dan James Blunt.

 

Baca Juga: Dulu gelandangan bawah jambatan, kini jadi model terkenal