KENDERAAN yang cepat dan mudah menjadi pilihan utama dalam kesibukan aktiviti seharian terutamanya di ibu kota.

Kini, ramai yang memilih untuk menaiki rangkaian kereta api laju ( high speed railway) untuk ke destinasi yang jauh. Tren atau kereta api menjadi salah satu kenderaan awam yang sangat penting bagi kemajuan sesebuah negara.

Ini kerana kemampuannya membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan pengangkutan awam yang lain.

Korang mesti pernah merasai pengalaman menaiki tren kan? Kalau korang perasan, banyak negara yang berlumba-lumba untuk mencipta kereta api terpantas di dunia. Ini termasuk negara jiran kita, Indonesia.

Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel

 

Kereta api laju pertama di Asia Tenggara itu bakal mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan mencecah sehingga 350 km/jam. Amazing!

Bagi korang yang suka bercuti di Indonesia, Jakarta dan Bandung merupakan tempat yang wajib dilawati kan?

Untuk korang travel ke dua-dua tempat ini, ia boleh memakan masa selama 3 jam jika menaiki kereta api.

Tetapi kini perjalanan antara dua bandar ini memerlukan masa sekitar 45 minit sahaja. Ini kerana Jakarta dan Bandung telah dihubungkan dengan kereta api laju seperti Shinkansen di Jepun.

 

Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel
Foto: IG @keretacepat_id

 

Baca juga: Habis licin dalam tempoh 12 jam, Mi Smart Band 6 memang lain daripada lain

 

Iklan

Dinamakan Jakarta-Bandung high speed railway, kereta api ini mempunyai lapan gerabak dengan jumlah panjangnya 209 meter dan mampu membawa 556 orang penumpang, menarik bukan?

Dengan tambang dianggarkan sebanyak Rp 250,000 atau sekitar RM70.12 untuk perjalanan sehala, ia pasti menarik ramai golongan ‘shopaholic’ untuk membeli belah dari Jakarta sehingga ke Bandung!

 

Hanya 45 minit Jakarta-Bandung, kereta api laju jadi pilihan kaki travel
Foto: IG @keretacepat_id

 

Jakarta yang sememangnya terkenal di kalangan pelancong sebagai kota metropolitan manakala Bandung pula popular sebagai kota warisan. Dengan adanya keretapi Jakarta-Bandung High Speed Rail ini, lebih ramai pengunjung akan ke Bandung dan Jakarta dan merancakkan ekonomi setempat.

Iklan

 

Baca juga: Sedihnya, TNI dedah nama 53 perajurit KRI Nanggala 402

 

Sumber: Google