SEJAK akhir-akhir ini isu rentas negeri semakin hari semakin panas sehingga boleh mengundang kemarahan dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat.
Tambahan pula, kurang 10 hari lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun apa yang menyedihkan aktiviti merentas negeri masih tidak dibenarkan. Dalam erti kata lain rata-rata rakyat tidak berpeluang pulang ke kampung halaman.
Namun begitu, keputusan tidak dibenarkan merentas negeri bukan sengaja dilakukan tanpa sebab.
Ia bertujuan untuk mengekang penularan virus Covid-19.
Seiring dengan keadaaan sedemikian, instafamous dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil mencipta satu perkongsian video yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video berdurasi dua minit dan 21 saat itu, warganet terhibur apabila beliau menyertakan beberapa alasan yang biasa digunakan orang ramai untuk merentas negeri khususnya pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.
Pada masa sama, beliau yang digelar Ebit Lew junior itu turut memahami perasaan kumpulan barisan hadapan yang merindui dan ingin pulang ke kampung.
Nampaknya dalam perkongsian terbaharu tersebut, Hafiz berjaya menarik perhatian ramai kerana dalam humornya terselit mesej positif yang ingin disampaikan.
Rata-rata warganet dan para pengikutnya terhibur dengan gelagat lucunya dalam video tersebut.
Antaranya komen warga maya:
Baca jugaPetugas kesihatan Kota Bharu terjelepuk kepenatan, warganet titip doa
Justeru itu, kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab akurlah dengan arahan kerajaan demi mendapat kesejahteraan bersama untuk kemudian hari.
Sama-samalah mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.