“TERJELEPUK kepenatan petugas kesihatan ini setelah menyempurnakan jenazah seorang kes positif Covid-19. Lelah. Mata meminta hak untuk lena.”

Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook, Ahmad Zulfahmi.

Tulisnya, itulah situasi jam 3 pagi.

“Mereka jarang sekali mengeluh.. Hanya sesekali mereka luahkan kepenatan mereka dengan rakan-rakan.

“Mereka tak merungut malahan berbangga mampu tunaikan hajat waris agar dipercepat dan dipermudah segala urusan pengebumian.

“Petugas ini memujuk hati mereka dengan mengatakan inilah tuntutan fardu kifayah. Qiyamullail mereka bukan di tikar sejadah.

“Mereka bangunkan malam ini dengan PPE dan aroma tanah kubur. Semoga Tuhan mengangkat pandemik ini selekasnya.

“Masyarakat penat dan kebosanan, begitu juga kami di lapangan yang kelelahan. Begitulah. Berkat Ramadan,” ujarnya.

Dana MyHeroes berjumlah RM10 juta yang ramai tidak tahu, frontliner KKM berhak untuk tuntut

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut mendoakan agar semua barisan hadapan organisasi tersebut kua dan tabah.

“Semoga semua frontliners KKM tabah dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Mereka berkerja siang dan malam tanpa kenal erti penat lelah demi untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

“Hari ini di Hari Pekerja, ada yang masih bekerja di barisan hadapan di pejabat kesihatan daerah (PKD), hospital, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan di mana-mana jua, yang
sedang memberikan khidmat kesihatan awam terbaik pada rakyat.

“Semoga Allah SWT terus beri kekuatan untuk semua,” tulisnya di Facebook.

Menerusi sekeping foto yang disertakan, ruangan komen tersebut dihujani pelbagai doa.

Nonney Ainie – Kesian mereka, masing-masing di luar sana sibuk bising nak rentas negeri tak fikir pun mereka ni. Dalam kepenatan macam tu kadang membuatkan mereka sendiri terlepas pandang keselamatan diorang sendri sampaikan ada antaranya dijangkiti semasa bertugas. Semoga mereka semua dilindungi Allah SWT.

Nora Ema – Selamat hari pekerja untuk korang. Semoga dibulan mulia Allah membalas jasa korang semua dan melindungi korang semua.

Rosly Saidin – Allahuakbar. Berikanlah kesabaran, kurniakanlah kesihatan yang baik, permudahkanlah segala urusan yang mereka hadapi demi menggalas tugas yang diamanahkan. Anda semua adalah pejuang yang terpuji.

Hui Ling Aik – God bless all the frontliners. Proud of having u all around to save us.

Susan Siew – Will pray that all frontliners will be safe and be able to manifest their life force and wisdom to handle the pandemic. Grateful and gratitude to them. Hope everyone can be in their shoes and abide to SOP strictly.

Rambo Langit III – Tuhan lindungilah mereka daripada segala penyakit dan berilah mereka kakuatan untuk mereka menghadapi semua perkerjaan mereka.

Iklan

frontliners Covid-19

Terdahulu, jangkitan Covid-19 di negara kita dicatatkan melebihi 3,000 kes pada tiga hari berturut-turut, iaitu 3,788 pesakit baharu, semalam.

Baca juga Pelajar IPT boleh pulang beraya, sekolah asrama kawasan PKPD tidak dibenar

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi, iaitu 1,265 kes.

Iklan

Katanya, dua negeri lain turut mencatatkan kes tertinggi ialah Sarawak dengan 760 kes baharu serta Kelantan sebanyak 464 kes.

Diharapkan dengan ini kita dapat bersama-sama bergandingan mematuhi SOP. Semoga penularan Covid-19 dapat dibendung. Lindungi diri, kita jaga kita.

Selamat Hari Pekerja buat semua!

Sumber: FB Ahmad Zulfahmi & KKM