GELOMBANG penularan wabak Covid-19 akhir-akhir ini meningkat dengan mendadak. Prosedur operasi standard (SOP) harus dipatuhi khususnya apabila melibatkan majlis keramaian yang acap kali dikatakan menjadi ‘sarang’ jangkitan virus tersebut.
Inilah yang dikongsikan oleh pakar perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan baru-baru ini. Beliau menceritakan mengenai keadaan pesakitnya seorang bayi ‘berharga’ hasil daripada rawatan intra-uterine fertilization (IVF).
Bayangkan, selepas 12 tahun menanti kelahiran bayi itu dek kecuaian ibu bapanya si kecil itu disahkan positif Covid-19!
"Tatkala Aunty Malar tulis post ni, dada aunty pedih, tangan Aunty menggeletar, langsung tak ada kekuatan.
Baca juga Melihat Rakan Di England Sihat, Pemuda Tidak Lepas Peluang Rebut Slot Vaksin AstraZeneca
"Aunty ingat lagi muka kecil comel awak. Aunty terbayang bayang wajah mak ayah awak yang begitu gembira menimang cahaya mata selepas 12 tahun perkahwinan.
"Aunty sesak nafas memikirkan kesakitan yang awak alami kerana jangkitan ini (Covid-19). Aunty pedih dada mengenangkan awak dijangkiti kuman daripada kealpaan orang dewasa sekeliling awak,” tulis Dr Malar.
Menurut Dr Malar, kelahiran bayi pramatang tersebut telah mencipta 1,001 kemanisan dan kegembiraan ibu bapanya setelah sekian lama menunggu zuriat.
"Mak dan ayah awak 12 tahun menunggu cahaya mata. Akhirnya awak lahir selepas kehamilan secara IVF. Doktor jaga baik-baik sepanjang kandungan, disambung pula kakak misi jaga baik-baik di NICU.
"Akhirnya, mak abah dapat timang awak, bawa balik rumah. Happy nya wajah dia orang. Berseri-seri. Akhirnya dapat zuriat sendiri, kepuasan yang tiada tandingan.Tapi mereka terlupa anak adalah satu amanah, bukan aset. Anak adalah tanggungjawab, bukan barang perhiasan,” kongsinya.
Baca juga Ibarat Bom Jangka. Perokok Dan Penghisap Vape Berisiko Tinggi Dijangkiti Covid-19
Ibu saudara kontak rapat
Dalam pada itu, Dr Malar turut berkongsi bayi kecil itu mendapat jangkitan menerusi ibu saudaranya yang menjadi kontak rapat tidak dikuarantin manakala bapa saudara pula jelas mempunyai simptom demam semasa menghadiri perjumpaan keluarga.
"Kalau awak memang dapat penyakit yang sudah ditakdirkan, mungkin Aunty boleh reda. Tapi Aunty rasa hiba yang tak terhingga sebab makcik awak tahu dia close contact. Hanya semata-mata dia nak join family gathering, dia buat ujian calitan RTK secara tergesa-gesa.
"Sekarang kedua-duanya positif Covid-19!!! Jangkit kepada awak pula, si kecil yang 'ikut' ke mana- mana. Orang lain selamat, awak yang belum capai umur setahun jagung sudah confirm positif Covid-19!,” luah Dr Malar kesal dengan sikap ahli keluarga bayi tersebut yang mementingkan diri.
Mengenangkan si kecil, Dr Malar berasa kasihan kepada bayi berkenaan yang menjadi mangsa keadaan kerana tindakan orang dewasa tidak mematuhi SOP.
"Mereka tak dengar teriakan awak yang tak nak ikut mereka.. Mereka tak faham tangisan awak yang diminta untuk tak dijangkiti. Dia orang terlampau alpa dengan shopping, gathering dan macam-macam keseronokan dunia ini. Maka awak yang sakit dik.
"Bukannya mak kamu tak tahu adik dia close contact. Bukannya ayah kamu tidak tahu adik ipar dia buat test RTK je dan kuarantin pun tidak. Bukannya saudara-mara tidak tahu pak long demam sebelum datang ! Sekarang siapa yang salah dik?
Salah takdir atau salah kami orang dewasa yang terlampau alpa dan cuai?,” kesal Dr Malar.
Baca juga Sanitasi Di Rumah Untuk Elak Covid-19 Perlu Atau Tidak? Ini Apa Kata Pakar
Doktor terbabit juga menceritakan keadaan ketika berhadapan dengan ibu bapa bayi berkenaan. Mereka menangis dan menyesal atas apa yang berlaku.
"Ayah kamu menangis tanpa segan silu dengan Aunty. Ayah kamu menyesal pergi family gathering tu, yang pakej dengan barbeku, karaoke dan semua. Pakej yang sangat menyeronokkan, tapi berakhir dengan penuh penyesalan. Apa Aunty patut cakap kat Ayah? Ayah kamu mintak Aunty Malar bisikkan rahsia nak sembuhkan awak, Aunty tak tahu,” luahnya.
Dr Malar juga menggambarkan dirinya dalam keadaan geram dan kesal dengan apa yang berlaku dan mengharapkan bayi tersebut segera sembuh.
"Aunty nak ibu bapa awak sedar kesilapan mereka. Aunty harap makcik awak sedar dia lah penyebab awak sakit sekarang. Aunty nak Paklong awak tahu dia dah menyusahkan awak. Aunty nak mintak tolong kawan-kawan Facebook supaya mendoakan awak diberi kesembuhan.
Selain itu, beliau juga turut mengingatkan gelombang Covid-19 kali ini banyak menjangkiti si kecil.
Diharapkan kes bayi positif Covid-19 selepas ini dapat dibendung. Keprihatinan ibu bapa dan orang sekeliling amat mustahak untuk melindungi mereka.
Elak membawa anak kecil ke kawasan sesak dan sempit. Duduk sahaja di rumah sekiranya tiada hal penting dan patuhi SOP untuk lindungi diri dan ahli keluarga.
Sumber: Dr Malar Santhi Santherasegapan