[VIDEO] Gadis Orang Asli nangis terharu, terima telekung cantik. Belum ada rezeki beli sendiri

Iklan
[VIDEO] Gadis Orang Asli nangis terharu, terima telekung cantik. Belum ada rezeki beli sendiri

SIAPA sangka, pemberian yang kecil mampu memberi impak sangat bermakna dalam hidup seseorang.

Seperti sebuah video tular memaparkan seorang gadis menangis selepas menerima bingkisan yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian pengasasnya, Aliza Abu Bakar, berhadapan situasi manis tersebut membuatkan hatinya sangat tersentuh.

Iklan

Menurutnya, beliau sangat bersyukur kerana berpeluang menikmati detik itu, sekali gus mengukir kegembiraan terhadap insan lain.

Iklan

Bagi Aliza, kesudian mereka menerima telekung tersebut merupakan satu rahmat.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Antaranya:

@Aleaavendaaa - Perbanyakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan ni pun bagus, terharu tengok, selalu orang bagi wang ringgit, ini bagi telekung untuk memudahkan lagi ketika solat.

@Okopipi_ - Sebak pulak tengok diorang ni nangis terharu dapat telekung. Memang susah zaman sekarang orang nak sedekah telekung. InsyaALLAH pahala sedekah dapat, pahala orang tu pakai sebab melakukan solat pun insyaALLAH dapat.

Baca juga "Anak aku, suka hati aku” – Video ibu ‘seronok’ anak hisap vape undang amarah

@Aleaavendaaa - Dengar dia kata ada satu ja telekungnya, bagus la dapat telekung baru tu boleh pakai tukar-tukar.

@narshAli - Awh sedihnya. Some people tak tahu telekung nowadays mahal ratus-ratus even dekat Shopee pun. They must've been terharu gila dia dapat telekung cantik like this. Kudos to the Ma'am. Inspiring us women.

Alhamdulillah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan seumpama itu.

Moga ia menjadi inspirasi kepada semua. Lagipun semakin banyak kita memberi, semakin besar ganjaran menanti.

Jika bukan pada waktu sekarang, kelak tetap akan ada cuma dalam bentuk dan keadaan berbeza.