Urap pegaga berkhasiat! Menu ringkas penambah selera

Iklan
Urap pegaga berkhasiat! Menu ringkas penambah selera

PEGAGA merupakan sejenis tumbuhan herba yang tumbuh menjalar dan daunnya dibuat ulam atau ubat.

Semua sedia maklum, ia memiliki pelbagai khasiat untuk kesihatan luar dan dalaman badan.

Iklan
Iklan

Urap pegaga adalah sejenis lauk kampung tradisi nenek moyang dahulu kala.

Iklan

Rupanya inilah menu rahsia mereka mengekalkan awet muda.

Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pegaga
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 sudu ikan bilis (ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 4-5 biji cili api (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Bersihkan pegaga, toskan kemudian dihiris.

2. Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk.

3. Kacau supaya tidak hangus kerana tiada minyak. Selepas agak masak masukkan kelapa dan secubit garam.

4. Kacau lagi hingga kelapa agak ringan, tetapi jangan terlalu kering, hilang pula lemak kelapa itu nanti.

5. Angkat, biarkan sejuk sebentar dan barulah digaul dengan pegaga yang telah dihiris tadi.

Artikel berkaitan: Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

Sementara itu, korang juga perlu tahu bahawa dalam perubatan tradisional, pegaga digunakan untuk merawat luka kecil, luka melecur dan sebagai agen mengurangkan keradangan.

Pada masa sama, ia turut digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, tingkatkan daya ingatan mengatasi kemurungan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.