[VIDEO] Aksi sang juara! Pandelela raih emas Piala Dunia Terjun FINA 2021

Iklan
[VIDEO] Aksi sang juara! Pandelela raih emas Piala Dunia Terjun FINA 2021

SIAPA tidak mengenali Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.

Beliau merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012.

Iklan
Iklan

Selain itu, atlet kelahiran Sarawak tersebut pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016.

Iklan

Terbaharu, beliau mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet Malaysia pertama memenangi Emas di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 yang berlangsung di Tokyo, Jepun.

Pandelela yang kini dalam persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan mengungguli acara berkenaan selepas meraih 355.70 mata.

Iklan

Penerjun tuan rumah, Matsuri Arai berada di tempat kedua dengan 342.00 mata iaitu ketinggalan 13.70 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada pula hanya selesa di tempat ketiga dengan 338.55 mata diikuti penerjun Andrea Spendolini (333,90 mata) tempat keempat.

Kejayaan manis Pandelela turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan membanggakan oleh atlet wanita tersebut.

Baca juga Sekolah di Selangor tutup mulai esok hingga 12 Mei, kekang penularan Covid-19

Tahniah! SinarPlus ucapkan kepada Pandelela.