PENINGKATAN jumlah kes positif Covid-19 di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan. Bagaimanapun, ibu bapa yang berasa risau dengan keadaan anak-anak kini boleh menarik nafas lega.

Menurut Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Haji Izmi Haji Ismail, arahan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) mengesyorkan sekolah ditutup bermula 6 Mei hingga 12 Mei 2021.

Keputusan itu salah satu langkah untuk membantu mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

Katanya, setelah mengambil kira situasi semasa yang kritikal persekolahan secara bersemuka sepatutnya berlangsung pada dua hari iaitu 6 dan 7 Mei 2021 ditutup pada tarikh tersebut.

Penutupan operasi sekolah berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri seperti mana diumumkan kementerian sebelum ini.

Baca juga Ibu Ayah Siap Sedia. KPM Bakal Laksana PdPR 2 Minggu Lepas Cuti Raya Bendung Jangkitan Di Sekolah

Iklan

Selain itu, Izmi turut memaklumkan bagi pelajar yang berada di asrama pergerakan pulang sempena cuti Hari Raya Aidilfitri adalah mengikut jadual ditetapkan oleh pihak sekolah.

Justeru, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang pelajar seperti mana ditetapkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa dan para pelajar.

Selain itu, Izmi turut meminta  guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah ini.

Iklan

Semoga dengan tindakan ini, kes positif Covid-19 di negeri Selangor dapat dibendung.

Sama-samalah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan norma baru. #kitajagakita