Comel dan berkesan menyampaikan mesej, tapi 18 Emoji di WhatsApp ini selalu disalah guna

Iklan
emoJIS

 

PENGGUNAAN emoji dalam media sosial khususnya aplikasi WhatsApp adalah merupakan satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menyampaikan mesej tanpa perlu penjelasan yang panjang berjela-jela. Malah emosi juga turut dapat dirasai penerima mesej ekoran penggunaan imej visual comel ini.

Iklan
Iklan

Tapi, korang tahu tak kadang kala kita menggunakan emoji yang salah dan menyebabkan mesej yang ingin disampaikan lari dari maksud sebenar.

Dengan beratus-ratus bentuk dan ‘watak’ yang comel, semuanya kini di hujung jari sahaja. Oleh itu, jangan kita sesuka hati menggunakannya tanpa mengetahui maksud sebenar sesuatu emoji tersebut. Bersama ini SinarPlus kongsikan 18 emoji yang selalu digunakan bagi maksud yang betul.

Iklan

1. Emoji aiskrim

Iklan

Emoji ini selalu dikaitkan dengan sesuatu yang kotor atau bermaksud ‘najis’. Sebenarnya ia adalah emoji aiskrim.

 

2. Emoji tanda ‘peace

Sebenarnya, emoji ini bermaksud kemenangan. Contohnya, kita boleh menggunakan emoji ini untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak  diminati yang telah menjaringkan gol.

 

3. Emoji wajah sedih

Ini bukan emoji sedih tetapi bermaksud wajah yang sedang berasa lega. Bukan bermaksud sedih atau kecewa.

 

4. Emoji ‘The Rockstar

Emoji ini sebenarnya menunjukkan bentuk tanduk bukannya bermaksud ‘hang 10 bro sign’ yang selalunya dipakai untuk aktiviti sukan terutamanya peluncur.

 

5. The shocked face

Secara amnya, tanda X pada emoji ini nampak seperti seseorang yang sudah mati. Tapi kalau korang nak tahu, emoji ini menunjukkan reaksi terhadap sesuatu yang sangat mengejutkan.

 

6. Emoji urut kepala

Emoji urut kepala ini membawa maksud seseorang itu ingin bersendirian. Jika akan korang memberi emoji ini, maksudnya dia tidak mahu diganggu!

 

7. The Japanese Ogre

Emoji wajah merah di WhatsApp ini bukannya bermaksud syaitan, hantu atau apa-apa topeng. Ia sebenarnya  seekor raksasa Jepun yang biasanya terdapat dalam seni dan kesusasteraan Jepun.

 

8. Emoji kemenangan

Menurut emojipedia, emoji dengan mimik muka sebegini, dengan menandakan wap yang ditiup dari lubang hidung membawa maknasatu kelegaan atau kemenangan. Bukannya geram atau marah seperti mana yang selalu disalah anggap.

 

9. Muka kecewa

Emoji  ini nampak seperti wajah kecewa, tapi sebenarnya ia bermaksud baru berpenat lelah. Pada pandangan pertama kelihatan seperti wajah yang sedang menangis dan kebanyakan kita tidak memerhatikan dengan jelas di mana titisan air itu. Titisan air itu berada di sisi wajah menandakan ia adalah peluh dan bukannya air mata.

 

10. Bowing down

Emoji ini bermaksud hanya tunduk untuk menghormati atau meminta maaf dalam budaya Jepun. Jadi, ia tidak tepat bagi menunjukkan seseorang itu sedang memikirkan sesuatu.

 

Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!

 

15. The folded hands

Sekiranya korang salah seorang individu yang menggunakan ikon ini untuk meminta maaf, anda sebenarnya silap. Emoji ini memberi makna bahawa seseorang itu sedang berdoa atau berharap.

 

16. Emoji wajah makanan lazat

Emoji ini menunjukkan korang menikmati makanan dan tidak bermaksud untuk memberi reaksi kepada sesuatu yang ‘menggoda.’

 

17. Wajah dengan isyarat OK

Menurut Unicode, ini adalah seorang wanita yang membuat isyarat ok. Jadi ia bermaksud OK.

 

Baca juga: Makanan tinggi kolagen untuk kekal awet muda. Poin nombor 2 paling ramai orang suka

 

18. Sumber air panas

Ini adalah sesuatu yang kelihatan seperti wap untuk secawan teh atau sup panas. Tetapi ia sebenarnya bermaksud kolam air panas

Jadi, gunakanlah emoji dengan betul dan berhati-hati. Hal ini kerana, tidak semua orang faham apa yang kita cuba sampaikan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

 

Sumber: H2S Media