Order 'baju tak payah gosok' sejak Mac, masih belum diterima. Ini penjelasan Sabella...

Iklan
Order 'baju tak payah gosok' sejak Mac, masih belum diterima. Ini penjelasan Sabella...

BARU-BARU ini tular di media sosial orang ramai menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila pesanan baju raya yang ditempah daripada pengeluar terkenal tidak diterima sehingga kini.

Masakan tidak, busana yang kononnya ingin digayakan pada pagi Syawal tidak nampak bayang. Walhal, transaksi pesanan telah diselesaikan sejak Mac lalu.

Iklan
Iklan

Ekoran daripada itu, Sabella HQ hari ini tampil membuat satu kenyataan berhubung perkara tersebut.

Iklan

Tambahnya, kejadian yang berlaku adalah diluar jangkaan pihak Sabella.

Iklan

Berikut senarai produk yang terkesan;

Sebelum 12/4/2021:

1. QUEENY 76

2. QUEENY 77

3. CLARA

4. QUEENY UNLIMITED 5.0 (Belum due date)

5. ESTELLA

6. LOREZ

7. DAISY

8. LARA

9. REESA 5.0

10. FREESIA

11. NELYSA

Baca juga Ramai hilang pendapatan, mental koyak sejak pelaksanaan PKP1.0

GEGARIA:

1. MORISSA

2. MORICA

3. CORRA

4. ROSELLA

5. ALEXA 50

6. LILY

7. DAISY

8. SALEENA

GEGARAYA:

1. QUEENY BATCH 3

2. QUEENY BATCH 4

3. ESTELLA

4. LOREZ

5. ALYSSA

6. ESTELLA

7. ADELIA BLOUSE

Pun begitu, bukan 100 peratus produk yang disenaraikan tidak dapat dihantar sebelum raya.

"Terdapat sebahagian kecil produk yang tiada dinyatakan di atas tidak terkesan dalam isu ini.

"Kami di Sabella juga akan sedaya upaya untuk membuat penghantaran sebelum Aildilfitri tiba selagi masih ada.

"Justeru, pihak Sabella memohon maaf atas apa yang berlaku dan bertanggungjawab 100 peratus ke atas isu yang melanda," ujarnya.

[caption id="attachment_19184" width="1044"] Sumber: 123RF[/caption]

Oleh itu, syarikat pakaian yang terkenal dengan tagline, 'Baju Tak Payah Gosok' komited memberikan solusi kepada kumpulan dropship dan pelanggan yang terkesan.

1) Solusi 1

Semua order yang tidak dapat dihantar sebelum raya akan menerima pakej pampasan berupa baju extra dan beberapa item eksklusif.

Pakej pampasan itu akan diberikan bersama order mereka yang dihantar selepas raya.

2) Solusi 2

Pulangan bayaran (refund). Pelanggan boleh meminta refund daripada Sabella menggunakan borang yang dikepilkan dan saluran ditetapkan. Dropship under leader (partner circle) perlu melalui proses refund melalui leader. Leader dan dropship di bawah HQ sahaja yang akan mengisi borang refund.

Jadi, bagi korang yang sedang sabar menanti pesanan koleksi baju raya, harap bertabahlah ya.