COVID-19 ternyata impak bukan sahaja pada thap kesihatan, malah turut meruntun emosi. Lebih-lebih lagi majoriti individu terjejas dari segi ekonomi.

Bersyukurlah jika korang masih mempunyai pekerjaan dan dibayar gaji setimpal. Sebaliknya, bagi mereka yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan, fasa pandemik ini amat memeritkan.

Apatah lagi dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana tidak semua aktiviti ekonomi dapat dijalankan seperti kebiasaan. Bahkan, para peniaga juga terpaksa gulung tikar!

Perkongsian daripada pegawai perubatan yang popular di media sosial, Dr Say baru-baru ini cukup menginsafkan.

Dr Say atau atau sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin menceritakan seorang jurulatih di sebuah gimnasium yang sebelum ini sentiasa ceria bertukar murung.

Baca juga Doktor Dedah Covid-19 Mula Serang Orang Muda, Jangkitan Makin Cepat. Bukan Perkara Lawak

Gara-gara terlalu memikirkan bakal kehilangan pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Saya tegur dia “What’s up?” terus dia jawab “Sorry but im feeling down right now”. Saya tanya lagi “What’s wrong?”

Kata Dr Say, rakannya itu menzahirkan kebimbangan PKP berkuatkuasa dua minggu atau kemungkinan dilanjutkan. Lebih menyedihkan, jurulatih kecergasan itu mendedahkan baru sahaja kembali bertugas, tetapi kini dikejutkan PKP 3.0 menyusul.

Beliau jawab: “I am gonna be incomeless for the next two weeks or more and it’s hard”. This is tiring me out mentally. Early this year during PKP 2.0 I was incomeless & when im starting to get back on track, PKP hits again & i’m just tired.”

Menerusi perkongsian tersebut Dr Say turut bertanyakan kepada warganet sekiranya ada yang berdepan situasi sama yang mana PKP memberi impak kepada kesihatan mental dan kehidupan.

Iklan

Perkongsian daripada pengacara rancangan Tanya Doktor itu ternyata mendapat pelbagai respons daripada warganet.
Antaranya yang kehilangan pekerjaan sejak PKP 1.0 dan menganggur. Ada juga yang baru sahaja bertatih semula, namun kembali hilang arah apabila PKP 3.0 diumumkan.

“Perniagaan terjejas teruk”

“Sampai tak boleh tidur malam fikirkan komitmen bulanan”

“Hilang punca pendapatan”

Iklan

“Ada yang setahun tak kerja”

Sehubungan itu, jangan membiarkan negara ini terus binasa kerana pandemik. Bersama-samalah kita berganding bahu memerangi Covid-19.

Ketepikan status, darjat dan pangkat rakyat Malaysia perlu mengamalkan konsep #kitajagakita dengan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan agar kadar jangkitan dapat dikurangkan, seterusnya mengembalikan kuasa ekonomi.

Sumber: Dr Say Shazril