Serangan Masjid Al Aqsa: Semangat orang beriman tidak pernah hilang, penindas zalim selalu gagal. Selebriti kongsi kedukaan

Iklan
2

UMAT Islam seluruh dunia kini berduka ekoran pertumpahan darah yang meletus di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada malam Jumaat lalu.

Ia terjadi susulan tindakan polis Israel yang melepaskan peluru getah dan bom tangan ke arah umat Islam Palestin yang bersenjatakan batu.

Iklan
Iklan

Memetik laporan agensi berita Reuters, kira-kira 205 orang Palestin cedera dalam pertempuran. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa kali ini disasarkan kepada jemaah yang sedang menunaikan solat pada hari-hari terakhir Ramadan.

Iklan

Insiden tersebut adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan. Kejadian yang menyayat hati itu amat melukakan hati umat Islam seantero dunia.

[caption id="attachment_45816" width="1024"] Kedamaian di Masjid Al Aqsa kini menjadi kenangan.[/caption]

Iklan

Berita menghibakan itu turut menjentik hati para selebriti tanah air. Antaranya Fedtri Yahya, Puan Sri Normala Samsudin, Heliza Helmi, Mizznina dan Salima Habibi.

"Kekotoran dan kesucian tidak mampu duduk bersama. Kerana itu, bulan suci sentiasa dicemari”

-Fedtri Yahya

Pengacara Jejak Rasul dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya banyak berkongsi tentang serangan zionis ke atas penduduk Palestin di Masjidil Aqsa. Beliau turut memuat naik video dan foto masjid sebelum serangan berlaku.

"Semangat orang beriman tidak akan pernah hilang, penindas zalim, akan selalu gagal”-Mizznina

Selain berkongsi hantaran berkenaan insiden di sana, Mizznina juga repost hantaran kutipan Rayuan Bantuan Kecemasan Buat Palestin yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan Malaysia bagi menyalurkan bantuan kempen Kecemasan buat Palestin.

"Kita doa sungguh-sungguh”- Heliza Helmi

Penyanyi Heliza Helmi mengajak umat Islam berdoa buat kesejahteraan saudara Islam di sana.

"Al Aqsa, Ramadan ini jiwa kami umat Islam luluh lagi.”- Normala Samsudin

Bekas penyampai berita dan pengacara Majalah 3, Puan Sri Normala Samsudin melahirkan perasaan pilu perkhabaran duka menimpa Palestin.

"Zionis pengecut!”- Salima Habibi

Penyanyi Salima Habibi tidak ketinggalan berkongsi kesedihan serangan Israel terhadap masjid yang terawal yang dibina ini.

Untuk beberapa kurun lamanya masjid tersebut telah digunakan sebagai pusat mengabdikan diri kepada ALLAH oleh beberapa Nabi dan Rasulullah.

Masjid tersebut telah dimusnahkan oleh pasukan Babylons pada tahun 586 BC, tetapi kemudiannya didirikan semula pada tahun 516 sebelum Masihi. Pusat ibadah itu terus digunakan untuk beberapa kurun hingga zaman Nabi Isa AS.

Selepas kewafatan Nabi Isa AS, masjid tersebut kemudiaan dimusnahkan oleh Rom pada tahun 79 Masihi. Nabi Muhammad SAW telah dibawa ke sana dalam peristiwa besar al-Israk Mikraj.

Baca juga Kejut Ahli Keluarga Beribadah, Antara Amalan Rasullulah SAW Pada 10 Malam Terakhir Ramadan

Apabila kaum Muslimin mengambil alih semula kota Baitulmaqdis dalam tahun 636 Masihi di zaman Khalifah Umar Alkhattab, beliau telah mengarahkan supaya masjid dibina kembali hingga ke hari ini berdiri sebagai sebuah masjid tempat menghambakan diri kepada-NYA.

Sebagaimana pernah dibina buat pertama kalinya oleh Nabi Sulaiman.

Masjid al-Aqsa adalah salah satu dari masjid terawal yang dibina di muka bumi ini.

Sama-samalah kita berdoa agar segala-galanya berakhir dengan selamat daripada cengkaman Israel. Semoga perjuangan umat Islam di Palestin menemui kemenangan dengan kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel.

Sumber: haluan.org.my, Fedtri Yahya, Mizznina, Heliza Helmi, Normala Samsudin dan Salima Habibi