MEMASUKI 10 terakhir Ramadan, Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru umat Islam menyegerakan kewajipan menunaikan zakat bagi meraih ganjaran pahala berganda.
Seperti yang kita sedia maklum, seantero dunia termasuk Malaysia sedang berjuang melawan pandemik Covid-19.
Sebagai sebuah institusi zakat, PPZ-MAIWP memandang serius perkara tersebut dan menyeru mereka yang masih bernasib baik hadir membantu melunaskan kewajipan berzakat, di samping merebut ganjaran pahala berganda.
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, orang ramai digalakkan menunaikan zakat harta dan fitrah secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kontak rapat Covid-19.
Sehubungan itu, sejajar dengan motto 'Memudahkan Anda Berzakat', PPZ-MAIWP sentiasa proaktif menyediakan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan saluran pembayaran bertepatan dengan keadaan semasa.
Baca juga Zakat Perniagaan Tetap Kena Bayar Walaupun Bisnes Rugi. Ini Penjelasannya…
Perkhidmatan dan Saluran Bayaran Sepanjang Ramadan:
a) 10 Kaunter PPZ-MAIWP
- Kaunter PPZ-MAIWP beroperasi seperti biasa dalam tempoh PKP.
- Kaunter dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum.
- Waktu operasi antara pukul 8.15 pagi hingga 4.30 petang.
- Hari terakhir Ramadan antara 8.15 pagi hingga 1.00 petang.
b) Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
- Pembayar boleh berurusan tanpa perlu ke kaunter.
- Hanya perlu membuat janji temu dan akan diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat.
- Temujanji boleh dilakukan di 1300-88-5757 atau di zakat.com.my/e-kaunter-careline-ppz/home.
c) Portal Rasmi PPZ-MAIWP
- Zakat Fitrah- fitrah.zakat.com.my
- Zakat Harta – zakat.com.my
d) Aplikasi MyZakat
- Pembayar boleh kira, semak dan bayar rekod bayaran zakat di mana sahaja dengan lebih cepat, mudah dan selamat.
- Pembayaran zakat lebih mudah dilakukan dengan menggunakan kaedah pembayaran mudah alih.
- Boleh didapati secara percuma dengan memuat turun di Google Play dengan carian MyZakat.
e) Ejen Kutipan Zakat
- Perbankan internet (15 buah bank)
- E-wallet
- Boost
- Shopee
- GoPayz
Selain itu, PPZ-MAIWP turut mengadakan program-program yang menarik sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
Baca juga Pengeluaran I-Lestari Dan I-Sinar KWSP Bagi Yang Ada Pendapatan Bulanan Wajib Kena Zakat
Antaranya ialah Kempen Bayar Zakat Harta di Portal PPZ-MAIWP, Kempen fitrah.zakat.com.my dan Kempen Gamers Bayar Zakat.
Di samping itu, pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pembayar-pembayar bertuah yang menunaikan zakat harta dan fitrah.