Keterujaan raikan Syawal di rumah bersama anak-anak. Lakukan 10 aktiviti menarik

Iklan
raya beza (4)

ESOK umat Islam akan menyambut Syawal dalam suasana berbeza kali ini.

Jika tahun lalu kita masih berpeluang menziarahi rumah saudara-mara dan sahabat pada 1 Syawal dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), namun tahun ini aktiviti ziarah tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Apapun, perayaan tetap perlu diraikan meskipun dalam kesederhanaan dan penuh tertib.

Iklan

Justeru, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil korang harus bijak memainkan peranan agar momen Syawal kekal terpahat dalam kotak memori mereka.

Iklan

1. Ajar anak berdoa malam raya

Memohon kepada ALLAH agar agar pandemik Covid-19 beransur pulih.

Pada masa sama, berdoa supaya segala amalan bulan Ramdan diterima baik. Ini termasuklah mendoakan insan yang telah meninggalkan dunia.

Bantu wujudkan sifat empati dalam diri anak-anak.

3. Ajak anak solat bersama pagi raya

Walaupun sebaiknya solat sunat Aidilfitri di masjid, tetapi disebabkan PKP tiada salahnya berjemaah bersama anak di rumah. Didik mereka keperluan solat di kediaman ekoran pandemik semasa.

4. Ajak anak sarapan kurma

Mulakan sarapan pagi memakan kurma dengan bilangan ganjil. Jelaskan kepada anak-anak ia adalah tanda tidak lagi berpuasa dan sebagai permulaan meraikan sambutan Aidilfitri. Tanamkan sifat bersyukur.

5. Ajak anak merancang dan mengatur panggilan video

Susun siapa yang perlu didahulukan dalam senarai panggilan video. Walaupun raya kali ini berbeza,

namun kegembiraan menyambut lebaran perlu diraikan.

7. Ajak anak tinggalkan pesanan suara

Mengajak anak meninggalkan pesanan suaran atau 'voice note' pada hari raya supaya penerima ceria berasa mendengarnya.

Didik anak mengingati dan menghargai mereka yang dikenali.

8. Ajak anak hias rumah dan beraktiviti

Hias rumah dan lakukan aktiviti menggembirakan seperti bermain 'board games' bersama ahli keluarga.

Lakukan sesuatu yang mungkin belum pernah dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Fahami kepentingan hidup berkomuniti.

Baca juga 7 Kesilapan Yang Kerap Berlaku Ketika Meraikan Aidilfitri, Pastikan Jangan Buat!

10. Ajak anak fahami zakat

Jangan lupa kongsikan dengan anak tentang keperluan membayar zakat untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Menanam sifat memberi pada anak-anak.

Semoga tip yang dikongsikan membantu ibu bapa menyambut Syawal kali ini dengan lebih bermakna dan membawa 1,001 pengertian dalam diri anak-anak.