7 kesilapan yang kerap berlaku ketika meraikan Aidilfitri, pastikan jangan buat!

7 kesilapan yang kerap berlaku ketika meraikan Aidilfitri, pastikan jangan buat!
May 11, 2021
Oleh Farah Natasya

HANYA beberapa hari lagi berbaki ibadah puasa dan bulan Ramadan yang mulia bakal pergi meninggalkan kita semua.

Dalam kita menyambut hari yang istimewa ini mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.

Iklan

SinarPlus kongsikan beberapa kesilapan yang terjadi tatkala meraikan Aidilfitri yang kebanyakannya berlaku tanpa kita tidak sedari.

1. Dosa yang bertempoh
Ketika Ramadan, maksiat tertangguh. Namun tatkala tibanya Syawal, kita kembali kepada tabiat asal dan melakukan maksiat yang mendatangkan dosa. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru sebati dengan hati kita ketika Ramadan tempoh hari.

2. Meninggalkan solat fardu
Ketahuilah, ibadah kita selama sebulan pada bulan Ramadan hanya akan menjadi sia-sia jika ia langsung tidak memberikan keinsafan menjelang hari raya. Meninggalkan solat adalah suatu kelalaian yang begitu serius.

Iklan

3. Adab menziarahi kubur
Walaupun tiada nas atau hadis yang melarang menziarahi kubur pada hari raya, namun usahlah kita datang berziarah dengan berkumpul beramai- ramai sehingga mengabaikan adab di tanah perkuburan seperti memijak kubur orang lain, bersandar pada kubur orang lain dan sebagainya.

4. Pakaian wanita yang berlebih-lebihan
Umum mengetahui aspek pemakaian wanita sering kali menjadi perhatian terutama ketika musim perayaan. Usahlah terlalu menonjolkan penampilan dengan pakaian yang mendedahkan bentuk tubuh. Ia sangat dilarang keras dalam agama Islam.

Iklan

5. Berwangi-wangian
Kebanyakan wanita suka kepada penampilan cantik, perhiasan dan wangi. Namun, usahlah melaram berlebih-lebihan ketika memakainya, kemudian mendedahkan diri kita kepada lelaki yang bukan mahram.

6. Aurat dengan ipar duai
Apabila berkumpul satu keluarga besar, jagalah aurat dengan sebaik-baiknya antara ipar duai. Jangan memperlihatkan aurat kepada ipar duai secara terbuka.

7. Bersentuhan dengan bukan mahram
Ini adalah antara kesilapan yang sangat besar dilakukan ketika Syawal menjelang. Kaum wanita dan lelaki yang bukan mahram bebas bersalam-salaman sesama ahli keluarga mahupun tetamu kerana bimbang ada yang berkecil hati. Sebaik-baiknya, elakkan perkara ini. Ketika pandemik Covid-19 ini, barangkali ramai yang akan mengambil langkah berhati-hati dengan tidak berjabat tangan dengan sesiapa. Cukuplah dengan isyarat meletakkan tangan ke dada. Itu adalah lebih baik.

Oleh itu, pada bulan yang baik ini, kita seharusnya sentiasa menjaga adab dan tidak melampaui batas. Dalam pada kita bergembira, janganlah sampai boleh membawa kemungkaran.

Iklan
Iklan