SYAWAL tahun ini dunia digemparkan dengan insiden tidak berperikemanusiaan Israel terhadap bumi Palestin.
Pertempuran membabitkan pejuang Palestin termasuk Hamas sejak Isnin semakin getir apabila lebih 100 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak terkorban manakala ratusan dilaporkan cedera.
Serangan berkenaan telah meragut ratusan nyawa tidak berdosa antaranya golongan kanak-kanak dan wanita Palestin.
Banyak bangunan, rumah dan pejabat juga hancur musnah akibat pengeboman jet pejuang F35 tentera udara Israel yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, perang terbabit berakhir pada 26 Ogos 2014 selepas gencatan senjata dipersetujui antara rejim Zionis dan Hamas.
Pun demikian, sejak peristiwa tersebut ada sahaja insiden melibatkan pembunuhan dan kecederaan penduduk Palestin oleh rejim Zionis.
Situasi terbaharu di sana mendapat perhatian banyak negara termasuk Malaysia yang bertali arus menzahirkan solidariti tanda sokongan terhadap Palestin.
Menara Alor Setar, Kedah
Cahaya warna bendera Palestin akan mewarnai menara setinggi 165.5 meter itu bermula pada 15 Mei hingga 22 Mei 2021.
Menara Kuala Lumpur
Sementara itu, Menara Kuala Lumpur juga dilimpahi cahaya bertemakan warna bendera Palestin iaitu hijau, merah, putih dan hitam. Menerusi hantaran laman sosial Facebook Menara Kuala Lumpur inisiatif tersebut sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap perjuangan saudara Islam di sana.
"Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga mereka terus kuat untuk berjuang!."
Baca juga Gagal kredit GKP Permai: Segera kemaskini nombor akaun sebelum 19 Mei 2021
Menara Kuantan 188, Pahang
Mercu tanda baharu negeri Pahang, tidak melepaskan peluang disinari dengan lampu berwarna bendera negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan ketegangan di antara Palestin dan Israel.
Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar ditutup ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Justeru, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat saudara di Palestin.