PENERIMA Geran Khas Prihatin (GKP) yang belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), korang kini boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bagi yang berstatus gagal kredit.

GKP Tambahan merupakan bantuan kewangan tambahan secara one-off disediakan kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata, semakan tersebut boleh dibuat melalui Portal GKP pada pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Penerima GKP berstatus gagal kredit perlu mengemas kini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan.

Gagal Kredit di sini merujuk pada jumlah wang gagal dimasukkan ke dalam akaun kerana kesilapan nombor akaun atau akaun tidak wujud(dorman dan sebagainya).

Oleh itu, sila pastikan maklumat akaun bank yang dikemaskini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon atau nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Cepat! Urusan mengemaskini maklumat akaun bank dibuka antara 5 hingga 19 Mei 2021 sahaja.

Menurut kenyataan tersebut penerima juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal GKP menggunakan nombor akaun baharu berkenaan bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

Geran Khas Prihatin (GKP)

Untuk membuat kemaskini maklumat, sila rujuk langkah berikut:

Selepas berjaya login, maklumat berikut akan dipaparkan:

Iklan
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Status Permohonan
  • Klik butang Kemaskini dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif.
  • Tekan butang Simpan untuk menghantar maklumat tersebut.

Baca juga Gagal terima BPR Fasa 2, permohonan rayuan dibuka mulai 15 Jun in

*Nota: Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Tarikh pembayaran semula GKP Tambahan Permai ke akaun bank yang dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Iklan

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Semoga bermanfaat!

Sumber; eCentral