Covid-19: Bekas pesakit kongsi pengalaman bertarung nyawa di wad, luahkan penghargaan buat para frontliners

Iklan

SEJAK beberapa hari kebelakangan ini, kita terpaksa berlapang dada menerima kenyataan bahawa kes harian di Malaysia menghampiri angka 5,000 kes.

Lebih membimbangkan, kes kematian yang direkodkan juga semakin bertambah saban hari.

Iklan
Iklan

Buktinya, semalam sahaja, 45 kes kematian baharu telah dicatatkan.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini juga kecoh apabila keadaan di hospital dan unit rawatan rapi (ICU) dikatakan sudah berada paras kritikal.

Iklan

Berkongsi mengenai situasi sedih menjadi salah seorang pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital, Emilia Ismail menerusi akaun Facebooknya menulis coretan dan pengalaman pilu yang boleh dijadikan pedoman dan iktibar kepada kita semya.

Ujar Emilia, beliau telah ditempatkan di ICU Hospital Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Iklan

Wanita berkenaan disahkan positif Covid-19 pada 29 April lalu setelah mengalami simptom seperti batuk dan demam yang berlarutan hampir seminggu lamanya.

Lebih parah, keadaan itu dilihat semakin bertambah kritikal apabila beliau mengalami masalah sukar bernafas dan memerlukan rawatan lebih rapi.

Maka, pihak hospital menempatkannya di wad ICU.

"Oleh sebab keadaan saya yang membimbangkan itu, saya ditidurkan selama tiga hari.

Bukan itu sahaja, Emilia turut menceritakan bagaimana dirinya melihat sendiri pesakit di sebelahnya dijemput Illahi.

"Saya dapat rasakan ALLAH masih memberi saya peluang kedua.

Dalam pada itu, Emilia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan kesihatan Hospital Sungai Buloh dan turut meninggalkan pesanan buat orang ramai di luar sana.

Artikel berkaitan: Guna kontena simpan jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh tak mampu menampung jumlah kematian

"Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Sekarang saya memerlukan rawatan fisioterapi sendiri di rumah kerana kaki masih belum kuat untuk berjalan.