NEGARA kini sedang melalui saat getir gelombang ketiga pandemik Covid-19. Jika dihitung sudah lebih setahun negara ‘bergelumang’ dengan Covid-19.

Paling membimbangkan prasarana pusat perubatan hari ini antaranya Hospital Sungai Buloh, Selangor tidak mampu lagi untuk menampung jumlah kematian akibat virus berbahaya itu.

 

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas berfungsi sebagai ruang tambahan bagi menyimpan jenazah Covid-19.

KKM turut memaklumkan bahawa peratusan tertinggi kematian adalah melibatkan warga emas berisiko tinggi dan mereka yang mendapat jangkitan daripada ahli keluarga.

“Hari ini (Ahad), enam lagi kematian dilaporkan di hospital itu. Lebih 80 peratus kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini merupakan golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik atau komorbiditi.

Baca juga “Bukannya Hidu Wap Cengkih! Jika Mahu Tolong, Segera Ke Hospital”- Dr Mahyuddin

“Kebanyakan pesakit mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat. Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri supaya anda melindungi mereka,” kongsi KKM.

Untuk rekod, Hospital Sungai Buloh merupakan hospital Covid-19 yang berkuatkuasa pada 2 Oktober 2020. Ia dikhaskan merawat pesakit dijangkiti virus terbabit sahaja.

Iklan

Dalam pada itu, KKM memaklumkan pihaknya juga bertanggungjawab menguruskan jenazah Covid-19. Di Hospital Sungai Buloh, pengurusan pesakit yang meninggal dunia kerana Covid-19 diamanahkan kepada kakitangan Jabatan Perubatan Forensik.

“Selepas proses pengecaman waris, jenazah diuruskan mengikut agama masing-masing sehingga urusan pengebumian mengikut prosedur ketat.

“Bagi jenazah Islam, urusan mandi dibuat secara tayamum, mengkafan dan solat jenazah diketuai ustaz (orang awam) yang telah dilatih khas,” katanya.

Pada 15 Mei mencatat  Covid-19 di Malaysia apabila sebanyak 44 kes kematian direkodkan. Manakala semalam, 16 Mei sebanyak 36 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,902 atau 0.40 peratus daripada keseluruhan kes.

Baca juga 3 Varian Covid-19 Dikenal Pasti, Punca Orang Muda Dijangkiti Dengan Gejala Teruk

Iklan

ANEKDOT Hospital Sungai Buloh:

– Terletak kira-kira 25 kilometer dari Kuala Lumpur iaitu di Mukim Batu daerah Gombak, Selangor.
– Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh seluas 130 ekar dijalankan.
– Projek tersebut bertujuan menampung keperluan populasi yang kian meningkat.
– Pada masa sama, membantu bagi mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook KKM & hsgbuloh.moh.gov.my