Dilarang ziarah Aidilfitri, muncul pula trend beraya di mall

Iklan
1

LONJAKAN jangkitan kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak kebelakangan ini cukup membimbangkan.

Berikutan situasi tersebut kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Mei lalu bagi mengekang penularan virus bahaya tersebut.

Iklan
Iklan

Bahkan, dalam prosedur operasi standard (SOP) juga memaklumkan sepanjang tempoh PKP itu sebarang aktiviti ziarah pada sambutan hari raya adalah tidak dibenarkan.

[caption id="attachment_46424" width="1024"] Foto: Pexels (Aiman Khair Samsol)[/caption]

Iklan

Baca juga "Bukannya Hidu Wap Cengkih! Jika Mahu Tolong, Segera Ke Hospital”- Dr Mahyuddin

Namun, lain pula ceritanya apabila timbul trend baharu sebahagian besar individu memilih pusat beli-belah sebagai lokasi pertemuan bersama ahli keluarga untuk menyambut Aidilfitri.

Iklan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, trend beraya di gedung mencetuskan kebimbangan.

Baca juga Guna Kontena Simpan Jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh Tak Mampu Menampung Jumlah Kematian

Bukan sahaja pihak KKM, malah sebahagian besar warganet turut menzahirkan kebimbangan melihat trend beraya di dalam mall. Majoriti berharap tindakan tegas dapat diambil secepat mungkin bagi mengekang penularan koronavirus.

"Rakyat sendiri perlu ada kendiri dan disiplin"

"Ziarah raya tak boleh, ramai ziarah mall"

"Buatlah sesuatu biar kes turun"

Sumber: Telegram Covid-19 Malaysia