JUMLAH kes positf Covid-19 semakin meningkat setiap hari, malah angka kematian akibat wabak tersebut juga tidak mencatatkan penurunan sejak kebelakangan ini.
Kehadiran varian baru Covid-19 iaitu Afrika Selatan (B.1.351), varian United Kingdom (B.117) dan varian berbahaya (Variant of Concern) India (B.1.617.1) tambah membimbangkan.
Apatah lagi, varian berkenaan menular cepat dan sebahagian besarnya berakhir kematian. Ini termasuklah, kecederungannua menjangkiti golongan muda dengan gejala teruk.
Baca juga Awas! Varian Baharu Merebak Lebih Cepat, Terus Kekal Di Rumah
Justeru, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, tiada salahnya jika masyarakat mengambil inisiatif melakukan sekatan pergerakan kendiri (self lockdown).
Langkah itu, bertujuan membantu memutuskan jangkitan Covid-19, sekali gus mengehadkan diri berada di luar rumah sekiranya tiada urusan penting.
Berikut tip self lockdown saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
- Ke pasar atau kedai runcit untuk beli barang keperluan seminggu sekali.
- Mengisi minyak kenderaan tangki penuh.
- Solat berjemaah lima waktu bersama ahli keluarga.
- Optimumkan pembelian secara dalam talian.
- Zero tetamu atau tidak menerima tetamu ke rumah.
Baca juga 17 Sebab Kerajaan Negeri Tolak PKP Penuh, Selangor Rekod Tertinggi
Walau apa pun, setiap keputusan berada di tangan individu. Semoga dengan pelaksanaan self lockdown yang disarankan KKM kita dapat melindungi diri dan keluarga daripada wabak Covid-19. #kitajagakita
Sumber: KKM