SEBUT sahaja kes Covid-19 di Selangor, umum mengetahui negeri itu menduduki carta teratas kes jangkitan baharu di negara ini.

Buktinya, sebanyak 6,075 kes baharu direkodkan hari ini yang mana Selangor kekal tinggi dengan jumlah sebanyak 2,251 kes.

Sejajar dengan lonjakan kes baharu yang semakin membimbangkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor jika kes terus meningkat.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, selain PKP penuh pihaknya turut mengesyorkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP di seluruh negara ketika ini, KKM menjalankan lebih banyak ujian dan pengasingan serta merawat kes positif.

Bagaimanapun, pada satu media khas hari ini kerajaan Selangor menolak PKP penuh sekiranya diberikan pilihan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Persekutuan.

Berikut antara poin utama menyokong keputusan tersebut:

1. Pengerusi Pasukan Khas Covid-19 Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Selangor tidak mahu melaksanakan PKP penuh dengan alasan kadar kebolehjangkitan masih rendah berbanding negeri lain Kelantan dan Pahang.

2. Katanya, pasukannya dan kerajaan Selangor berada pada tahap baik menguruskan wabak.

3. Selangor tidak boleh dikatakan negeri paling parah menerima jangkitan Covid-19, kerana penduduknya yang ramai dan kepesatan industri berbanding negeri lain.

Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19

4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud memberitahu, sekiranya penguatkuasaan terlalu mendesak, kerajaan negeri beranggapan PKP secara bersasar melibatkan kawasan serangan kluster wabak Covid-19 sahaja.

5. Kata beliau, mekanisme dan strategi bagi pelaksanaan PKP perlu ditambah baik bagi memastikan objektif tercapai.

6. Paling utama rakyat harus ‘defensive’ (bertahan) dan Selangor perlu tingkatkan vaksinasi bagi mengekang penyebaran dalam kalangan komuniti.

Artikel berkaitan: Rakyat Selangor setuju tak PKP penuh? Cadangan KKM jika kes Covid-19 meningkat

7. Kata Dr Siti Mariah, jangkitan Covid-19 di Selangor gagal dikawal berikutan isu polisi yang dikendalikan kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan penularan dalam kalangan komuniti.

8. Pasukan Petugas Khas Menangani Covid-19 Selangor (STFC) sebelum ini pernah mengemukakan beberapa cadangan kepada KKM, namun ditolak dan tidak diterima pihak terlibat.

Iklan

9. Isu polisi itu turut menyebabkan kontak positif wabak Covid-19 gagal dikepung dan dikesan sehingga menyebabkan mereka bebas dalam kalangan komuniti.

10. Dr Siti Mariah Mahmud turut menegaskan, tidak timbul isu kerajaan Selangor tidak mendapatkan kebenaran kerajaan pusat berhubung cadangan pembelian vaksin Covid-19.

11. Sebaliknya, yang lebih penting untuk mendapatkan vaksin ialah mendapat kelulusan Bahagian
Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

12. Kerajaan Selangor mengambil inisiatif membeli vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinasi pekerja kilang di negeri itu.

Iklan

17 sebab kerajaan negeri tolak PKP penuh, Selangor rekod tertinggi

13. Kerajaan menumpukan kepada syarikat-syarikat industri dan kilang yang dilihat mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan vaksin Covid-19 untuk pekerja mereka.

14. Pembelian vaksin berkenaan akan diberikan kepada kumpulan warga emas di rumah orang tua dan mereka yang memerlukan pada ketika ini.

15. Kerajaan juga akan memberikan vaksin kepada golongan B40 dan barisan hadapan di negeri-negeri yang masih belum divaksin.

Baca juga Awas! Varian baharu merebak lebih cepat, terus kekal di rumah

16. Lebih satu juta pekerja telah daftar dapatkan vaksin Covid-19 melalui aplikasi Selangkah.

17. Hanya 3.3 peratus penduduk Selangor yang sudah divaksinasi dan jumlah itu lebih rendah dari negeri lain yang sudah divaksinasi.

Justeru, terus membantu mengurangkan kadar jangkitan dan mempertingkatkan langkah pencegahan kendiri.

Kekal berada di rumah kecuali ada urusan penting di luar. Teruskan amalan #kitajagakita bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.