Sampai begini jadinya, tiada lagi zon hijau di Semenanjung. Jangan abai SOP

Iklan
Genap setahun, ini sejarah Covid-19 landa negara kita

SANGAT membimbangkan! Semalam sahaja segara mencatatkan angka tertinggi kes baharu jangkitan Covid-19 sebanyak 6,075.

Pertambahan jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 485,496.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi sebanyak 5,725 pada Januari 2021.

Iklan

Situasi itu diambil kira bagi daerah-daerah berdasarkan pergerakan 14 hari kes Covid-19 setakat 19 Mei 2021.

Ini bermakna, di seluruh Semenanjung, setiap daerah berada antara zon kuning, jingga atau merah sahaja.

Iklan

Untuk petunjuk, zon hijau melibatkan tiada kes jangkitan Covid-19, zon kuning melibatkan satu hingga 20 kes, zon jingga melibatkan 21-140 kes dan zon merah pula 41 kes atau lebih.

Bagaimanapun, di Sabah terdapat tujuh daerah berada dalam zon hijau manakala Sarawak hanya lima daerah zon hijau dan Labuan (zon merah).

Ini menjadikan keseluruhan kematian akibat jangkitan Covid-19 di Malaysia berjumlah 2,040.

Kekalkan daerah anda dalam zon hijau dan kurangkan kes jangkitan dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Kekal duduk di rumah.

Baca juga "Bantu kami… frontliners penat, kelesuan. Lakukan 9 perkara asas”- Dr Noor Hisham

Jika perlu keluar, pastikan ikut prosedur operasi standard (SOP) seperti kerap mencuci tangan, penjarakan fizikal satu meter dan sentiasa memakai pelitup muka.

Jaga diri, jaga keluarga. Amalkan 'self lockdown'.