“SISTEM penjagaan kesihatan di Lembah Klang berada di bawah tekanan yang amat besar.”

Begitulah perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini.

Menurut beliau, petugas barisan hadapan sudah penat dan kelesuan.

“Bantu kami agar kami masih mampu untuk membantu anda jika dan bila masanya tiba.

“Duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar dan patuhilah prosedur operasi standard (SOP),” gesa beliau.

Dalam negara berhadapan dengan kebimbangan kes jangkitan yang semakin naik mendadak, Dr Noor Hisham menzahirkan kebimbangan.

Menurut beliau, situasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini amat teruk yang mana hospital Covid-19 telah meningkatkan jumlah katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa untuk pesakit Covid-19.

Awas! Varian baharu merebak lebih cepat terus kekal di rumah

Beliau turut memaklumkan keadaan di Lembah Klang sangat kritikal, 79 peratus daripada jumlah katil ICU di hospital Covid-19 di Selangor dan Wilayah Persekutuan KL serta Putrajaya telah diperuntukkan untuk kes Covid-19.

“Bagaimanapun, situasi ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal diperlukan.

“Jumlah kemasukan ICU Covid-19 (termasuk yang disyaki atau kemungkinan) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah meningkat sebanyak 94 peratus berbanding dua minggu yang lalu,” tulis beliau menerusi laman sosial Facebooknya.

Justeru orang ramai dinasihat mengamalkan perkara asas bagi mengelakkan orang lain daripada dijangkiti kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

Baca juga “Membawang 15 minit dengan jiran tepi pagar pun jangan, tak boleh buka pintu kepada orang lain”- Dr Rafidah tegur sikap langgar SOP

Antaranya:

1. Elak daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.

Iklan

2. Buat sementara waktu, elak kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi.

3. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema menggunakan air dan sabun antara 15-20 saat.

Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan berasaskan gel juga boleh digunakan.

4. Menggunakan pelitup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting kerana pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.

Iklan

5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung.

Buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.

"Ingat demam biasa, lepas seminggu sah positif. Perasaan koyak anak 8 bulan pun kena"- Peguam dedah pengalaman Covid-19

6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.

7. Elak mengunjungi tempat sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian. Jika
tiada pilihan, lindungi diri dengan pemakaian pelitup muka yang sesuai.

8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.

9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Semalam Malaysia merekodkan jumlah kes Covid-19 harian tertinggi berjumlah 6,075 kes.