Menu rare, makan guna tangan. 10 fakta menarik laksa Johor

Iklan
Laksa Johor

BARU-BARU ini panas di media sosial perbalahan warganet tentang ‘standard’ laksa beberapa negeri hingga mencetuskan perdebatan antara laksa Johor dan laksa negeri-negeri lain.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa.

Iklan
Iklan

Katanya juga, penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur.

Iklan

Rentetan kenyataan itu, warganet mula membidas hujah mengatakan laksa Utara ‘lebih pure’ kerana menggunakan bahan laksa sebenar berbanding laksa Johor yang berasaskan spageti.

Iklan

Isu pendebatan laksa tersebut menarik perhatian ramai termasuklah seorang anggota kesihatan dan perubatan yang juga anak jati Johor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Menurut beliau, laksa Johor sememangnya satu hidangan yang aneh. Orang luar Johor pasti pelik melihat laksa dari Selatan itu.

Selain itu, Dr Kamarul Ariffin turut berkongsi resipi laksa Johor versinya. Katanya, laksa Johor adalah menu paling susah nak dapat di kedai makan.

"Menu 'rare'. Jika ada pun, biasanya kurang mengancam dan paling sedap adalah buat sendiri."

Artikel berkaitan: Netizen ‘perang’ laksa, berbalah jenis ikan. Kenali 10 jenis laksa di Malaysia

Laksa Johor Autentik oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan

Bahan bahan:

- 1 paket spaghetti

- 1kg ikan kembung/parang/selayang

- ½ cawan cili kering yang dikisar

- 1 cawan udang kering (kisar)

- 1 cawan rempah kari ikan

- 2 cawan santan pekat

- 2 senduk minyak masak

- 1 biji kelapa parut

- Garam secukup rasa

- Gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

- 2 inci halia

- 2 inci lengkuas

- 5 biji bawang besar

- 7 ulas bawang putih

- 5 batang serai

Ulam:

- Timun

- Tauge

- Daun kesum

- Daun selasih

- Bawang kecil

- Limau kasturi

- Lobak asin

Cara-cara membuat;

1. Siang ikan dan basuh sebelum direbus guna pressure cooker selama 30 minit. Biasanya ikan kembung, ikan parang, ikan selayang digunakan untuk buat Laksa Johor.

2. Dah empuk, keluarkan dan buang mata ikan. Air ikan jangan buang, simpan. Nanti nak guna semula.

3. Kisar ikan! Kalau guna pressure cooker, tulang sekali boleh kisar. Kalau rebus biasa, ambil isi sahaja.

Kisar jangan halus sangat. Kalau halus macam pes hilang tekstur ikan.

4. Kelapa parut sangai sampai perang. Api sederhana dan kerap kacau. Jangan sampai hitam.

5. Lepas sangai, tumbuk sampai jadi lumat macam ini. Ini namanya kerisik rajin. Bau ia menggiurkan. Boleh juga beli kerisik di kedai runcit atau pasar raya.

6. Kisar bahan kisar.

7. Tumis bahan kisar sampai naik bau menggunakan kuali sangai kerisik.

8. Bancuh serbuk kari ikan dengan air dan masuk dalam tumisan.

9. Dah wangi kari masukkan cili kering kisar, tumis lagi. Kemudian masukkan pula udang kering yang telah dikisar. Ada orang letak 'tulang ikan kurau masin' untuk penaik rasa. Jika ada, masukkan! Memang padu nanti!

Baca juga "Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera”- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi

10. Masukkan masukkan santan dan air ikan tadi.

11. Kemudian, masukkan isi ikan yang sudah dikisar.

12. Masukkan pula kerisik letakkan gula dan garam untuk perasa. Reneh sampai bahan-bahan mesra.

13. Potong halus timun, daun kesum dan daun selasih sebagai ulaman. Selain itu, bawang, tauge dan lobak asin serta sambal belacan.

14. Letak spageti di dalam mangkuk, letak timun, tauge, bawang merah dan tuang kuah laksa Johor. Letak pula daun selasih, daun kesum, lobak asin, dan sambal belacan.

15. Akhir sekali, perah limau kasturi.

* Makan dekat kebun sedap ni! Makan dengan tangan tau tanpa sudu dan garpu, baru jati Johor!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan, Jati Johor (IC 01)