Ayam balado tak banyak guna bahan, makan bersama nasi putih pun sedap

Iklan
Ayam balado tak banyak guna bahan, makan bersama nasi putih pun sedap

AYAM balado antara menu ringkas dan cepat untuk disediakan. Rasanya yang sedap kadangkala boleh membuatkan kita bertambah-tambah nasi dibuatnya.

Iklan
Iklan

Kalau korang gemarkan isi ayam lembut, gunakan bahagian paha ayam! Enak dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi mereka yang sukakan ayam berkuah pedas mungkin masakan ayam balado antara pilihan ideal.

Iklan

Bahan-bahan:

    Iklan

  • Ayam (perap dengan kunyit dan garam)
  • Garam
  • Gula
  • ½ inci asam keping
  • Bawang (hiris)

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang merah bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang cili merah
  • 10 batang cili padi hijau

Cuba juga Burasak: Lagi lama masak lagi sedap

Cara-cara:

1. Goreng ayam yang telah diperap. Ketepikan.

2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan garam, gula dan asam keping.

4. Masukkan ayam yang digoreng bersama hirisan bawang. Kacau hingga bawang layu.

5. Sedia dinikmati bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Sabrina Sarsan