BARU-BARU ini tular di media sosial seorang selebriti dan suami didakwa memotong barisan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada selebriti popular, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah adalah berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi.
Selain itu, Dr Abdul Malek turut menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui saluran telah ditetapkan bagi perlindungan diri berdepan penularan Covid-19.
Perkara itu tular apabila seorang pengguna Twitter @wanieannas memuat naik gambar pasangan tersebut memegang kad bertulis 'Saya Telah Divaksin', namun sudah dipadam.
Dakwaan itu juga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet yang mempertikai kelayakan Eina mendapatkan vaksin di hospital, walhal orang ramai di stadium terlibat.