KEPELBAGAIAN kaum adalah antara ciri  keunikan Malaysia.  Tanpa pertelagahan, rakyat daripada pelbagai kaum dan adat negara ini hidup dalam suasana aman dan harmoni.

Salah satu faktor wujudnya keharmonian ialah sikap saling hormat menghormati antara kaum, budaya dan adat resam termasuklah amalan dan pakaian tradisional.

Memahami hakikat ini, Instagram terkenal dan pempengaruh Ryzal Ibrahim memohon maaf atas ketelanjuran kata-katanya tentang pakaian tradisi kaum Iban yang dikatakan warganet sebagai satu penghinaan.

Pakaian tradisonal wanita Iban  terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Anak sulung daripada lima adik beradik ini menyifatkan tuturnya di dalam video berkenaan sebagai gurauan tanpa ada niat untuk menghina.

“Saya minta maaf atas gurauan tadi berkenaan pakaian tradisional Iban yang dipakai Maryam.

“Saya akui ianya gurauan, bukan niat menghina tetapi saya faham ia isu sensitif kaum.

“Kepada orang Sarawak khususnya kaum Iban, saya dahulukan permohonan maaf kerana gurauan yang tidak berasas dengan Pakaian Tradisional Iban.

Menyedari sensitiviti kaum Iban, pemuda asal Kota Bharu ini bagaimanapun telah memadamkan Instastory berdurasi 55 saat itu.

“Video story Maryam memakai pakaian itu saya telah pun tarik balik untuk menghormati kamu semua.

“Sekali lagi, saya minta maaf, “ kata Ryzal dalam permohonan maaf pertamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Baca juga Dari Seoul Ke Kuala Lumpur : Ryzal Teruja Berpuasa Dan Berhari Raya Bersama Maryam Di Negara Sendiri

Manakala dalam hantaran kedua, lelaki ini turut berkongsi video permohonan maaf berdurasi 7.08 minit. Dia memohon kemaafan seandainya mengguris hati kaum Iban dan menyatakan dia tidak mempunyai niat untuk menghina apatah lagi mencetuskan perbalahan. Katanya Maryam tidak terlibat dalam perkara ini.

“Saya buat salah, saya bertanggungjawab.

“Kaum Iban, saya mohon maaf.

“Saya faham, semua marah dan kecewa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang mengguriskan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.

“Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya.

“Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk menghina, apatah lagi mencetuskan perbalahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas.

“Kepada rakan-rakan yang mengenali, saya minta maaf sekali lagi andai gurauan itu sungguh mengecewakan,” kongsi Ryzal di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Ryzal Ibrahim atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal, 29 dan isterinya, Maryam You Narae, 28 terkenal di saluran Youtube Duriankimchi.

Mereka sebelum ini menetap di Korea Selatan sebelum pulang ke Malaysia pada September 2020 lalu.

Walaupun tidak terlibat dalam isu ini, Maryam juga tampil dengan video permohonan maaf walau pun dia tidak terlibat dengan isu video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Iklan

Bagaimana pun, di laman Twitter, video tersebut telah pun tersebar dan rata-rata warganet mengakui terkesan dengan kata-kata Ryzal.

@fabian_rossi21- “So mamat Melayu yang kawin dengan Minah Korea tu have the audacity hina pakaian tradisi org Iban. Ni dah bukan cultural appropriation ni dah menghina. Golongan ni yang still fikir org Sarawak duduk atas pokok, pakai cawat and held back. F*** you @ryzalibrahim.”

“Ni lah jenis orang dah ada nama. Try hard sangat sampai lupa adab. So disappointed.”@amandanzli

Iklan

“Study dulu sejarah iban, dah tahu rasanya tak berani kau nak post content macamtu tadi- anak iban dah famous sampai Hollywood.”-@syazzosman

“Sepatutnya kita rasa bangga dengan pakaian tradisi yang dimiliki rakyat Malaysia.. tak kira bangsa , setiap pakaian itu lambang sebuah tradisi sesuatu bangsa..”-@ZohaIrwan

Sensitiviti antara kaum sangat perlu dijaga untuk menjamin keharmonian antara kaum. Justeru, diharapkan dengan perkara seumpama ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita  masa akan datang.

Sumber: @ryzalibrhm, @maryamyunrrr & @fabian_rossi21