“Saya akan beli barang perubatan, hantar terus ke Gaza. Malaysia sayangkan Palestin"- Ebit Lew ke Gaza

Iklan
2

PENDERITAAN rakyat Palestin mengundang simpati dalam hati masyarakat Islam di seluruh dunia.

Justeru, secara tidak langsung turut mendorong pendakwah, dermawan dan aktivitis masyarakat, Ebit Lew berangkat ke Gaza untuk menyalurkan bantuan misi kemanusian.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran di laman sosial, pendakwah berbangsa Cina itu memberikan perkhabaran telah tiba di Mesir.

Iklan

Kata Ustaz Ebit, pihaknya sedang dalam proses mendapatkan ubat-ubatan dan barang keperluan bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan tersebut.

Iklan

Beliau turut menyatakan penghargaan buat Kedutaan Malaysia di Mesir, pihak Kementerian Luar Negeri dan Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan.

Baca juga "Semoga ALLAH Bantu Dan Mudahkan Semuanya.” Ustaz Ebit Berlepas Ke Gaza Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

 

Rabu lalu, SinarPlus melaporkan pendakwah kelahiran Muadzam Shah, Pahang itu berlepas ke Gaza untuk misi kemanusiaan.

 

 

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan keselamatan beliau dan kru agar selamat pergi dan pulang ke tanah air selepas tamat misi kemanusiaan.

"Insya ALLAH tak ada apa yang mustahil . Moga ALLAH permudahkan segalanya sehingga ustaz balik semula ke Malaysia . Amiin ."-@farisahaffandy

"Alhamdulillah tabarakallah Ustaz dan team. Terima kasih dari kami rakyat Malaysia atas misi ini. Moga ALLAH melindungi dan mempermudahkan segala urusan di sana dan kembali ke tanahair dengan selamat Insya ALLAH Allahumma Aamiin."- @kynnoah

"Alhamdulillah Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan ustaz dan team yang terlibat. Amin."- @melati_zamri

Sumber: @ebitlew