PENDAKWAH Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sifat dermawannya membantu insan memerlukan. Sifat dermawannya dan tutur kata yang lembut dan sopan membuatkan ramai menyenanginya tidak kira status, pangkat, kaum.

Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew telah pun berlepas ke Gaza untuk bantuan kemanusiaan.

Menurutnya, misi bantuan berkenaan mendapat sokongan dan semangat daripada pelbagai pihak. Antaranya Wisma Putra, Perdana Menteri serta tidak ketinggalan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail yang memberi semangat dan mendoakan.

“Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga ALLAH bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini Ya ALLAH. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini. Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati ALLAH.

“Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.

Beliau juga menyatakan penghargaan atas penajaan tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan Turki, Turkish Airlines.

Baca juga 14 Tahun Tidur Bawah Pokok, Kerja Kutip Besi. Ustaz Ebit Hadiahkan Aunty Maaletchmy Rumah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Pada Mac lalu, bapa kepada empat cahaya mata ini membuat hantaran di media sosial tentang keadaan di Palestin yang menyebabkan hatinya tersentuh dan menyeru rakyat Malaysia bersatu hati membantu saudara sesama Islam di sana.

“Doakan Palestin. Bila lihat Palestin. Rindu pada mak. Mak ajar erti kasih sayang dan cinta. Menghargai orang lain. Jaga hak orang. Jangan aniaya orang. Sayang semua orang. Air mata laju mengenangkan nasihatnya. Ya Allah hadiahkan mak keampunan dan syurga FirdausMu.

“Menangis dan teramat sedih bila tengok jeritan wanita dan anak kecil. Tangan menggengam ketar dan jiwa meronta. Tak boleh tidur rasa fikir keadaan mereka. Tengok anak tu berlari teringat anak sendiri. Bermain menangis di celahan bom dan letupan.

“Keluarga berdoa menangis ketakutan bersama menanti saat bom jatuh atas rumah. Tidak tahu nak lari ke mana lagi. Di kala zaman yang dikatakan hak asasi manusia dan bertoleransi ini berterusan penduduk Palestin yang berterusan dianiaya dan dizalimi.

Baca juga Ustaz Ebit Bantu Budak Gelandangan. Ibu Ayah Maut Kerana Covid-19, Urus Masuk Madrasah

“Saudaraku, kita semua sebuah keluarga. Berilah masa berdoa, dan menangis doa untuk memohon bantuan ALLAH. Jaga amalan sunnah Nabi saw.

Iklan

“Kita bersatu hati bersama dengan apa segala cara yang kita ada untuk membantu saudara kita. Semoga ALLAH terima niat dan usaha kita. Allah maafkan kita kerana kita tidak berbuat apa-apa saat saudara kita dianiaya dan dizalimi. Ya ALLAH ampunkan dosa kami dan kelalaian kami.

“Doakan buat Palestin. Doakan ALLAH jagakan mereka yang berjuang. Doakan ALLAH jaga wanita dan anak kecil. Doakan ALLAH bantu kita. Pertolongan ALLAH itulah akan hadir bila kita semua bersatu hati dan dekat padanya. Tanpa pertolongannya kita tak mampu buat apa-apa pun. Dialah ALLAH yang Maha Kuasa,” kongsi Ustaz Ebit di media sosial.

Ini bukan kali pertama beliau menjalankan misi kemanusiaan di luar negara. Pada Mac lalu beliau melakukan misi bantuan ke Afrika. Selain itu, Ustaz Ebit juga menghubungi dan memberikan sumbangan saguhati buat keluarga balu perajurit kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam di Indonesia bulan lalu.c

Iklan

Perkongsian Ustaz Ebit ini dihujani ribuan doa warganet agar beliau dan kru selamat dalam misi bantuan ini.

Semoga urusan Ustaz Ebit turut dipermudahkan ALLAH SWT.

Sumber: @ebitlew