KECELARUAN keresahan atau anxiety neurosis (anxiety disorder) biasa berlaku dalam kalangan masyarakat.
Tambahan pula, tatkala musim pandemik yang Covid-19 kembali mengganas sehingga menyebabkan kes jangkitan positif semakin hari semakin meningkat di negara kita.
Rentetan situasi itu, secara tidak langsung menyebabkan sesetengah individu resah dan panik sehingga bertukar menjadi gangguan tidak normal.
Inilah yang dialami penyanyi dan pelakon, Azza Elite atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 43, yang diserang anxiety dan menangis teresak-esak meminta kerajaan melaksanakan ‘lock down’.
Beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihan hingga mengalirkan air mata selepas laporan jangkitan wabak koronavirus semakin membimbangkan.
Azza meluahkan kerisauan terhadap situasi yang dihadapi kini dan menyarankan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh segera bagi mengekang penularan Covid-19.
Sementara itu, pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ustaz Ebit berkongsi sebuah doa yang boleh diamalkan orang ramai untuk selesaikan masalah.
Menurut beliau, Nabi SAW ajarkan doa ini adalah untuk selesaikan masalah seperti:
1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Tak ada keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.
Kata Ebit""Doa ini mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal. Cara amal doa ini adalah dibaca tiga kali pada waktu pagi dan petang iaitu selepas solat Subuh dan Asar. Insya-ALLAH."
Sama-sama kita amalkan doa yang disarankan beliau bagi mengelakkan pelbagai perasaan ketika ini.
Terus patuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang kembali mengganas ini. #kitajagakita