"Saya mempunyai masalah kesihatan, terlalu peribadi dikongsikan"- Eina mohon maaf tiada istilah potong 'queue'

Iklan
eina azman

SELEPAS tular di media sosial kononnya pelakon, Datin Paduka Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah memotong barisan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Ipoh, Perak, akhirnya selebriti itu tampil memohon maaf.

Menurut pemilik nama sebenar, Ainur Syakina Azman, 26, beliau memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik foto ketika vaksinasi menyinggung perasaan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Saya memohon maaf andai perkongsian di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

"Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa, apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat," jelas ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi laman sosial Instagramnya.

Iklan

Artikel berkaitan[VIDEO]Kulit Cerah, Cantik Dan Slim – Warganet Teruja Bentuk Badan Eina Azman

Eina yang selalu berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama followers mengakui mempunyai masalah kesihatan, namun terlalu peribadi untuk dikongsikan.

Iklan

"Pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

[caption id="attachment_47568" width="480"] BAHAGIA. Eina (kiri)  bersama suami dan anak kembar mereka Karl Kareef dan Arianna Aubrey.[/caption]

"Justeru, saya memadam posting daripada paparan Instagram bagi mengelakkan isu ini bertambah rumit," ujarnya lanjut.

Artikel berkaitanRupanya Eina, Suami Kategori Golongan Berisiko Tinggi, Bukan Potong Barisan Suntik Vaksin

Terdahulu, semalam Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, Dr Abdul Malek Osman menyatakan bahawa Eina dan suami tidak memotong barisan suntikan vaksin seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, suntikan vaksin yang dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hospital berkenaan mendapat kelayakan berdasarkan rujukan doktor pakar yang telah merawat mereka atas masalah kesihatan dan komorbid dihadapi.