KURUS atau langsing adalah impian semua orang, baik lelaki mahupun wanita.

Sering kali cantik itu dikaitkan dengan kurus. Ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan membuang lemak-lemak di badan.

Kurus membolehkan seseorang kelihatan menarik dan lebih yakin. Tak hairanlah ada yang sanggup membahayakan nyawa untuk mencapai impian mereka.

Namun lain pula dengan seorang pelakon tinggi lampai, Datin Paduka Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman yang kekal langsing walaupun sudah memiliki sepasang anak kembar.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, warganet dan pengikutnya amat teruja melihat bentuk badannya yang sangat cantik.

Videonya yang seusai menjalani ‘work out’ itu sehingga kini telah mendapat lebih 50 ribu tanda suka.

Kongsinya, “Don’t wish for it. Work for it! Yes I’m a mother of twins”.

Ternyata, Eina sememangnya ibu yang sangat menjaga penampilan dirinya dan beliau kelihatan sering mengamalkan diet harian bagi mengekalkan bentuk badan ideal.

[VIDEO]Kulit cerah, cantik dan slim - Warganet teruja bentuk badan Eina Azman

Beliau yang juga pandai memasak dan sentiasa berkongsi pelbagai resipi masakan sangat dikenali dengan ayat ‘is done’.

Fuh! Mantaplah Eina, dahlah cantik, pandai masak, cekap uruskan rumah tangga lepastu body goals pula!

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat memuji bentuk badan beliau.

Iklan

Dah lah cantik, pandai masak, pandai uruskan rumah tangga lepastu body goals! Memang complete la Eina Azman ni.

atirahrahani – Okeyy I nak kerja keras lagi nak perut macam tu

nazlianasamsudin – Pingang datin kecik nyer, cantikkkkk!

snatiqahb – Kulit cerah, badan slim, muka cantik… pakej wanita yang memang diidamkan. Stay healthy always.

queeirawunny – Masak macam-macam pon boleh kurus taww

miznuryana – Body barbie ni datin…

Baca juga Uqasha dirisik keluarga Kamal Adli

Jadi korang yang ingin memiliki badan yang langsing, rajin-rajinkan diri membuat senaman dan jaga pemakanan ya!

Iklan

Namun, tak kisahlah ‘berisi’ atau kurus yang paling penting badan sihat dan bahagia.

Sumber foto dan video: Instagram Eina Azman