Manfaat sinar matahari yang mengandungi vitamin D. Ini 2 waktu paling sesuai untuk 'mendapatkannya'

Iklan

VITAMIN D adalah elemen yang unik dan ramai orang tidak mendapatkannya dalam jumlah yang mencukupi.

Buktinya, dalam beberapa kajian di Amerika Syarikat, dianggarkan seramai 40 peratus penduduk di sana tidak mendapat vitamin D yang mencukupi.

Iklan
Iklan

Begitu juga dengan di Kanada, Eropah dan Rusia. Ini kerana negara-negara tersebut mengalami empat musim.

Bercakap mengenainya, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, matahari hanya bersinar dengan secukupnya pada musim panas.

Iklan

"Jadi, warga tua, pesakit kronik dan orang kurang upaya tidak dapat berada di luar rumah untuk mendapat sinaran matahari.

Iklan

Sebenarnya, vitamin D dibuat daripada kolesterol yang berada di bawah kulit dan terdedah pada sinaran matahari (sinar ultraviolet-B).

"Oleh itu, pendedahan kepada cahaya matahari sangat baik untuk mengekalkan tahap vitamin yang mencukupi," tambah beliau.

Dalam pada itu, di negara-negara sejuk pula, terdedah kepada cahaya matahari pada waktu tengah hari semasa musim panas adalah yang terbaik.

"Namun, di negara Khatulistiwa, waktu yang terbaik antara jam 9 hingga 10 pagi iaitu ketika cahaya matahari mula membahang.

Apa-apapun, nasihat Dr Zubaidi, jika ingin terdedah pada waktu tengah hari, pastikan tidak terlalu lama.

"Ini kerana pada waktu tengah hari, sinaran ultraviolet-B adalah yang kuat (optimum).

"Jadi, tidak perlu terlalu lama untuk terdedah kepada sinaran matahari pada waktu itu," ujarnya.

Pada masa sama, dalam satu kajian di Oslo, Norway, pendedahan terhadap sinaran matahari selama 30 minit (pada waktu tengah hari) semasa musim panas, cukup memberikan vitamin D sebanyak 10,000 hingga 20,000 IU (unit antarabangsa) vitamin D.

Namun, berada terlalu lama dan panas yang terik boleh memberikan kesan yang buruk tau!

"Keperluan vitamin D yang dicadangkan adalah 600 IU (15 mikrogram) setiap hari.

"Sebaliknya, jika kita mengambil suplemen vitamin D secara oral (masuk ke dalam mulut), penyerapan vitamin hanya 10 hingga 20 peratus sahaja kerana ia akan 'dimetabolisme' di dalam hati sebelum dihantar ke seluruh tisu dan sel yang lain.

Jadi, manfaatkan sumber vitamin D daripada pancaran sinaran matahari secara semula jadi tidak kiralah pada waktu pagi atau petang ya...

Baca juga: Menakjubkan! Bukan sahaja buah durian belanda berkhasiat, malah daunnya juga dapat rawat penyakit kronik

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua!