Simpan jenazah dalam kontena, bukan di luar negara tapi di Selayang, semoga Allah permudahkan segala urusan

Iklan
Simpan jenazah di dalam kontena, bukan di luar negara tapi di Selayang

UMUM mengetahui negara kini sedang melalui saat getir gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Paling membimbangkan apabila prasarana pusat perubatan hari ini tidak mampu lagi untuk menampung jumlah kematian akibat virus berbahaya itu.

Iklan
Iklan

Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai ruang tambahan menyimpan jenazah Covid-19, kini tiba Hospital Selayang pula terpaksa berbuat demikian.

Iklan

Kematian akibat Covid-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang.

Setakat hari ini, 2,491 orang telah menjadi mangsa virus ini termasuk 59 kematian baharu.

Iklan

Berikut contoh tiga senario yang mungkin berlaku:

Senario 1

Bergejala seperti demam dan batuk. Pergi ke klinik untuk dapatkan ubat. Tidak buat ujian saringan Covid-19.

Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Senario 2

Didapati positif Covid-19. Telah dilaporkan kepada KKM oleh klinik swasta.

Ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke i Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau hospital.

Senario 3

Hilang deria rasa dan sangat letih, tetapi tidak mengambil serius gejala-gejala dialami.

Hanya berehat di rumah. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Justeru, duduklah di rumah. Keluar hanya perlu untuk bekerja atau membeli barang keperluan dengan patuh sepenuhnya SOP.

Jika bergejala, segera lakukan ujian saringan untuk rawatan awal. #kitajagakita

ANEKDOT Hospital Selayang

1. Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Kuala Lumpur.

2. Hospital itu mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan terpilih.

3. Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital Selayang, KKM telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu Hospital Selayang direkabentuk dan dilengkapi peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Baca juga Kit ujian air liur keputusan Covid-19 lebih mudah, cepat. Apa kata KKM

5. Ia merupakan hospital pertama di Malaysia dan di dunia beroperasi dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh meliputi seluruh aspek operasinya.

6. Hospital Selayang adalah pusat Gastroenterologyi, Rheumatologi, Hepatologi, Hepatobiliari Surgeri, Vitreoretinal Surgeri, Kolorektal Surgeri, Mikrosurgeri, dan Khidmat Renal.

7. Menjadi hospital rujukan kerana menyediakan khidmat pakar pesakit luar bagi kes-kes dirujuk sahaja. Di sini tiada menerima rawatan pesakit luar kecuali kes kecemasan dikendali dalam Jabatan Kecemasan.

Sumber: Telegram MKN