SUDAH lebih setahun penduduk di seantero dunia mengharungi situasi penularan pandemik Covid-19.

Bahkan, tambah menakutkan apabila dari semasa ke semasa wujudnya varian baharu yang menjangkiti lebih cepat.

Kebanjiran kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini menyebabkan jentera perubatan daripada saintis, pakar farmasi, doktor sehinggalah pengendali makmal perubatan bertungkus-lumus mencari penawar dan kaedah pantas untuk mengesan virus berkenaan.

 

Saban hari, kualiti kaedah pengesanan juga dipertingkatkan bagi mempercepatkan proses mengenal pasti pesakit yang dijangkiti di samping mengoptimumkan kecekapan rawatan.

Oleh itu, terdapat pelbagai jenis ujian pengesahan yang boleh untuk digunakan dalam mengesan jangkitan wabak berkenaan.

Baca juga Awas! Otak Pesakit Covid-19 Tidak Terima Isyarat Oksigen Semakin Kurang, Paru-Paru Terus Shut Down

covidKementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan penggunaan alat ujian pernafasan yang dikenali sebagai kit baharu bagi mengesan virus Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) akan menjalankan ujian bagi mengetahui keberkesanan alat tersebut sebelum diluluskan penggunaannya di Malaysia.

“Alat tersebut tular di Singapura kerana ia adalah salah satu alat yang boleh mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam udara pernafasan dengan cepat dan ia perlu diterokai untuk kegunaan di negara ini.

“Kita masih menunggu MDA boleh luluskan penggunaan alat itu sekiranya terdapat permintaan daripda pembekal,” katanya.

Sistem ujian Brefence Go™ dibangunkan oleh Breathonix Pre Ltd iaitu sebuah syarikat Universiti Nasional Singapura.

Baca juga Awas Pesakit Covid-19, Walau Sembuh Tetap Alami Gejala. Letih, Sukar Tidur Dan Murung

Foto: nus.edu.sg

Manakala, bagi ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kedah persampelan air liur, Dr Adham berkata kelulusan alat tersebut akan diketahui dalam masa terdekat.

Iklan

Ujian menggunakan sampel air liur dikatakan lebih mudah dan boleh dilaksanakan di rumah masing-masing. Kaedah itu juga diyakini kerana mempunyai sensitiviti lebih tepat.

Kata Dr Adham, orang ramai boleh mendapatkan kit ujian air liur ini di mana-mana farmasi atau pembekal berdaftar dengan KKM apabila diluluskan kelak.

“Sekiranya dikesan positif selepas ujian, mereka perlu mengasingkan diri dan memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui aplikasi MySejahtera,” kata Dr Adham pada sidang media yang secara maya.

Baca juga 3 Varian Covid-19 Dikenal Pasti, Punca Orang Muda Dijangkiti Dengan Gejala Teruk

Iklan

Terdahulu, Ketua pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM sedang mengenalpasti dua syarikat yang akan membekalkan kit ujian tersebut dan ia masih dalam proses pendaftaran dengan MDA.

Semoga ujian saringan bagi mengesan virus ini dipermudahkan dengan kewujudan teknik baru yang menjimatkan masa dan lebih efiesien.

Sumber: FB KKM