'Total lockdown' bermula Selasa ini. Kesesakan jalan raya, ke mana anda? - Dr Noor Hisham

Iklan
'Total lockdown' bermula Selasa ini. Kesesakan jalan raya, kemana anda? - Dr Noor Hisham

UMUM mengetahui Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam tadi mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 1 Jun ini hingga 14 Jun depan.

Menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan

Keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes (semalam).

Iklan

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang turut mempersoal arah tuju sesetengah individu hingga menyebabkan kesesakan di sekatan jalan raya (SJR).

Iklan

"Ke manakah arah tujuan anda pada hujung minggu ini?

"Pergerakan besar-besaran masih berlaku walaupun larangan merentas daerah dan negeri telah dikeluarkan. Membawa jangkitan wabak dari satu kawasan ke satu kawasan lain tidak akan membantu dalam usaha kita untuk membendung penularan jangkitan virus Covid-19," katanya.

Beliau turut merayu supaya rakyat Malaysia membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh sekiranya peningkatan kes Covid-19 tidak terkawal.

Baca juga Pelitup muka jenis N95, double mask lebih cekap tapis zarah. Elak jangkitan Covid-19

Beliau turut mengakui, petugas barisan hadapan kini sudah penat, namun mereka akan terus gagah demi menyelamatkan nyawa.

Justeru, kekallah berada di rumah. Amalkan SOP yang telah ditetapkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini.