DOUBLE mask atau memakai pelitup muka tambahan gred perubatan membantu menyaring lebih banyak zarah halus berbanding memakai selapis sahaja.

Perkara itu ini dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman sosial Twitternya, beliau menyatakan kajian Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menyimpulkan pemakaian double mask dapat mengurangkan pendedahan pemakai kepada jangkitan Covid-19.

“Walaupun tidak wajib dipakai bersama face shield (pelindung wajah), double mask memberikan perlindungan maksimum,” kata Dr Noor Hisham.

Jelasnya lanjut, pelitup muka tanpa ikatan menyekat 56.1 peratus zarah, pelitup muka kain menahan 51.4 peratus, pelitup muka diikat sebanyak 77 peratus manakala double mask sebanyak 85.4 peratus.

 

Baca juga [VIDEO] Pakar IJN Kongsi Cara Yang Betul Pakai Double Mask. Mudah Saja!

Iklan

Amalkan memakai pelitup muka gred perubatan bersama pelitup muka kain berbanding pelitup muka kain sahaja.

Pada masa sama, infografik menunjukkan individu tidak perlu double mask sekiranya memakai pelitup muka jenis N95 kerana ia adalah standard tertinggi membantu menutup bahagian wajah dan menyaring 95 peratus zarah.

Diharapkan korang dapat mengamalkan pemakaian double mask ketika berada di kawasan awam walaupun tidak diwajibkan. Namun begitu, ia lebih efektif mengelakkan jangkitan.

Iklan

Hari ini, jumlah kes harian Covid-19 di negara ini mencapai kemuncak hingga mencecah 8,290 kes baharu dan 61 kematian.

Sumber: Twitter Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah