'TOTAL lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021 bagi membendung merebaknya pandemik Covid-19 adalah suatu inisiatif yang dilihat memberi kesan kepada pergerakan orang ramai.
Bagi mengisi masa lapang korang di rumah, Sinar Plus kongsikan 10 filem yang wajib ditonton dalam tempoh PKP ini.
2. The Flu
Sebuah filem Korea Selatan yang diberikan judul"Gamgi” dan dikenali sebagai"The Flu” bagi pasaran antarabangsa, filem ini membawakan tentang penyebaran wabak selesema disebabkan oleh jangkitan virus H5N1 yang mampu membunuh pesakit dalam tempoh 36 jam.
Selepas satu operasi membanteras kemasukan pendatang haram mendapati pendatang yang dikurung meninggal dunia akibat satu jangkitan misteri. Dua individu yang bertanggungjawab menyeludup mereka juga mengalami jangkitan. Satu-satunya pendatang asing yang terselamat pula melarikan diri.
Usaha untuk melakukan kuarantin gagal dilakukan selepas jangkitan mula merebak, sehingga memaksa bandar Seoul ditutup aksesnya.
Kerajaan Korea Selatan melakukan banyak perkara di luar jangkaan bagi melindungi wabak yang mula membunuh ramai nyawa. Cerita ni sedih terutama watak ibu dan anak dan abang bomba yang sanggup berkorban nyawa!
Filem arahan Kim Sung-Su ini dibintangi oleh Jang Hyuk (Volcano High, Windstruck) dan Soo Ae (A Family, Sunny).
Rating : 9.5/10
4. 28 Days Later
Filem 28 Days Later bercerita tentang virus yang disebarkan secara sengaja melalui beberapa ekor monyet oleh sekelompok aktivis pencinta binatang. Dalam waktu singkat, manusia yang terkena virus itu berubah menjadi pembunuh yang makan orang aka Zombie.
28 hari setelah virus tersebar, Jim (Cillian Murphy) tersadar dari koma di hospital. Dia mendapati tiada siapa pun di hospital tersebut.
Sewaktu dia keluar dari hospital dan berjalan sehingga ke kota London, semuanya kosong. Tidak ada orang satu pun. Hanya ada tanda-tanda bencana dan kerosakan infrastruktur.
Dalam keadaan bingung tersebut, Jim diserang zombie. Dia selamat setelah dibantu oleh Selena (Naomie Harris) dan Mark (Noah Huntley). Kedua manusia yang juga selamat ini memberi tahu kemungkinan virus telah menyebar ke seluruh dunia.
Cerita ni memang suspen dan terkejut! Bersedialah untuk menjerit sambil melompat atas katil! Zombienya pon sangat ganas!
Rating : 9/10
6. Saving Private Ryan
Filem arahan Steven Spielberg ini memang epik mengenai kisah sebenar semasa D-Day WWII. Cerita ini dibuka dengan sebuah prolog yang membawa seorang lelaki ke tanah perkuburan Amerika di Normandy, dan kemudian flashback, Ryan telah menyertai Kapten John Miller (Tom Hanks) dalam pendaratan pada 6 Jun 1944 di Omaha Beach untuk menghadapi tembakan artileri Jerman yang dahsyat.
Filem perang Saving Private Ryan (1998) arahan Steven Speilberg dianggap sebagai filem perang terbaik yang pernah dihasilkan.
Filem tersebut bukan sahaja memaparkan gambaran perang yang agak kejam dan menakutkan, tetapi sebenarnya turut menceritakan kisah yang pernah berlaku kepada anggota tentera Amerika Syarikat (AS), Federick"Fritz” Niland dan juga polisi Jabatan Perang AS ketika itu dalam mengelakkan sesebuah keluarga itu kehilangan semua anak lelaki mereka ketika berlaku perang.
Beberapa hari selepas berjaya menawan Pantai Omaha (Seperti yang ditunjukkan diawal filem), Captain Miller menerima misi dari pemerintah tertinggi tentera, iaitu selamatkan Private James F. Ryan (lakonan Matt Damon), anggota tentera yang baru sahaja kematian tiga abangnya semasa perang dalam tempoh satu minggu.
Private Ryan ketika itu dikenalpasti sebagai satu-satunya"anak lelaki” yang masih hidup dan Jabatan Perang AS mahu dia diselamatkan dan dihantar pulang. Cuma masalah yang mereka hadapi, kedudukan Private Ryan tidak diketahui dan Captain Miller serta pasukannya ditugaskan untuk mencari askar tersebut yang disyaki berada jauh dibelakang garisan musuh.
Berapa ramai anggota yang terkorban sebab nak selamatkan Private Ryan. Adakah berbaloi pengorbanan dorang ni? Korang memang kena tengok movie ni! Aksi perang dia memang penuh suspen, thrill dan padu beb!
Rating : 9.8/10
8. The Platform
The Platform merupakan film berbahasa Spanyol dengan genre horor-thriller. Kisahnya bercerita tentang kehidupan di dalam sistem penjara vertikal. Sebuah kisah berlatar suasana penjara bertingkat dimana kat tengahnya ada satu platform yang akan turun setingkat setingkat.
The Platform berkisar tentang watak bernama Goreng (bukan pisang goreng) yang mana mahu masuk ke penjara untuk mencepatkan diplomanya.
Di dalam penjara pertingkat yang dimasuki, makanan diletakkan di atas satu platform dan kemudiannya akan turun tingkat demi tingkat. Goreng menyaksikan satu struktur hidup penjara yang cukup sukar dimana ketamakan prisoner di atas menjadikan prisoner di bawah kelaparan.
Orang yang di tingkat 1 akan dapat makanan mewah, manakala orang di tingkat makin bawah akan makan lebihan makanan orang tingkat atas. Sebab apa, sebab orang atas makan lebih dan tak ingat orang lain.
Filem ni memang metafor tentang kapitalis. Tentang orang atas yang kekal kaya, dan orang bawah yang kekal miskin. Tentang tamak dan haloba.
Filem ni ganas, ada unsur kanibal, dan penuh darah. Tak sesuai untuk budak-budak. Diingatkan filem ini adalah untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja dan korang perlu ‘bijak’ untuk menontonnya. Jika tidak, korang akan rasa The Platform adalah sebuah filem yang bosan.
Rating : 7.5/10
10. Forgotten
Kisah bermula dengan Jin-seok, seorang remaja yang sangat mengagumi abangnya iaitu Yoo-Seok. Mereka dalam perjalanan bersama kedua ibu bapanya ke rumah baru yang akan mereka duduki. Apabila sampai ke rumah berkenaan, Jin-seok seakan pernah datang ke rumah itu sebelum ini namun tidak mengetahui bila.
First half movie Forgotten ni rasa seram juga bila Jin-Seok nak tahu apa yang ada dalam bilik kecil itu sebab dia sorang jer yang dengar bunyi pelik-pelik. Walaupun seram, memang curious nak tahu benda itu jadi sebab memang ada hantu ataupun sebab Jin-Seok sakit.
Pada suatu malam, abang Jin-Seok membawanya keluar berjalan jalan walaupun waktu itu hujan lebat. Yoo-Seok ingin menenangkan adiknya itu kerana Jin-Seok sering mendengar bunyi yang pelik dalam sebuah bilik di dalam rumah mereka itu. Namun, malam itu Yoo-Seok telah diculik oleh orang yang tidak dikenali dan adiknya tidak sempat menyelamatkannya.
Baca juga Beli barang dapur online mudah masa total lockdown, guna 7 aplikasi ini elak keluar rumah
Jin-Seok hanya sempat mengingati nombor kenderaan yang telah menculik abangnya namun pihak polis mengatakan bahawa nombor plate berkenaan tidak wujud dan tidak berdaftar dengan mana-mana kenderaan ditempat itu.
Yoo-Seok akhirnya berjaya dijumpai selepas 19 hari hilang, namun dia tidak mengingati apa yang terjadi ke atasnya selama 19 hari itu. Namun Jin menyedari kelakuan abangnya telah berubah dan tidak seperti sebelum dia di culik. Begitu juga personaliti ibu dan ayahnya.
Apa terjadi selepas itu memang mind blowing! Memang korang tak akan jangka plot twist dia. Cerita ni pun memang sedih mengenai pembunuhan keluarga dan seorang adik yang terdesak untuk mendapatkan wang demi menanggung kos pembedahan abangnya. Memang tragis dan sadis!
Rating : 9.8/10
Ok. Selamat menonton korang. Ini sebahagian movie yang korang boleh layan masa tempoh lockdown ini! Kalau korang ada cerita best boleh suggest juga. #stayathome #kitajagakita.
Sumber: nadzirahata