MEMBELI belah dalam talian atau online adalah langkah yang bijak. Korang tidak perlu membuat pembelian panik kerana pihak kerajaan pasti akan memastikan barangan keperluan akan mencukupi.

Selasa ini seluruh negara kecuali Sarawak akan menjalani perintah berkurung penuh atau ‘total lockdown’.

Mungkin ramai yang sedang merancang bagaimana cara terbaik mendapatkan barang keperluan harian dalam tempoh ini. Bagi ibu-ibu terutamanya, jika keluar mungkin sukar untuk tinggalkan anak-anak kecil.

Kenaikan kes positif yang memuncak akhir-akhir ini dan kehadiran varian baru yang ‘ganas’ dan mudah berjangkit tanpa simptom, adalah lebih baik buat pembelian secara online. Semuanya kini hanya di hujung jari sahaja!

Diharapkan info yang SinarPlus kongsikan ini dapat membantu korang yang ingin membuat pembelian secara online. Walaupun harganya mungkin tidak sama dengan harga pasaran, tapi sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk ‘self lockdown’ dalam tempoh dua minggu ini.

Jadi di sini dikongsikan beberapa aplikasi beli barang dapur online serta barang keperluan harian yang terus dihantar sampai rumah tanpa korang berdepan risiko dijangkiti sebarang wabak atau penyakit.

1.Tesco online

https://www.tesco.com/

Rasanya ramai yang sudah mula menggunakan perkhidmatan Tesco Online. Memang mudah kalau hendak beli barang segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada. Macam kita pergi Tesco jugalah.

Tesco Online ini cover area Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Seremban, Ipoh dan Melaka.

Korang boleh memilih slot penghantaran bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam yang kosong.

Caj penghantaran pula bergantung pada jarak kawasan kediaman dan caj servis dikenakan bergantung kepada waktu slot penghantaran yang kita pilih. Biasanya kalau korang pilih slot yang bukan waktu kemuncak cajnya lebih rendah berbanding waktu yang sibuk.

2.Happy Fresh

https://www.happyfresh.my/

Aplikasi ini membolehkan anda membeli barang di 21 pasaraya seperti Tesco, Giant, Aeon, Cold Storage, Village Grocer dan Mercato. Muat turun aplikasi Happy Fresh di Appstore dan buat masukkan maklumat yang diperlukan untuk penghantaran.

Korang boleh bayar tunai pun jika tidak mempunyai kad debit atau kredit. Selain itu boleh juga menggunakan E-dompet iaitu Boost atau Grab Pay.

HappyFresh adalah syarikat penghantaran barangan runcit atas talian yang turut beroperasi di bandar-bandar utama di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand.

3. Mydin Express

https://mydinexpress.my/hypermart/

Aplikasi Dalam Talian MYDIN antara yang mesra pengguna dengan fungsi carian yang mudah, di mana pelanggan dapat mencari produk dengan lebih cepat.

Korang hanya perlu muat turun aplikasi ini dan bolehlah membeli belah dengan mudah. Semuanya di hujung jari anda dengan satu klik sahaja.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah penghantaran ke rumah, ambil di kedai atau store pick up pada masa yang ditetapkan oleh pihak Mydin dan pick up @ locker di mana locker tersebut pelanggan boleh mengambil barangan yang dibeli pada masa pilihan sendiri.

4. Aeon Online

https://fresh.myaeon.com.my/

Selain itu, korang boleh membeli belah di AEON Online sama ada di Aeon Supermarket, Aeon Big bergantung kepada lokasi dan jenis barangan yang anda ingin dapatkan.

Iklan

Semua item akan dihantar ke rumah anda tanpa perlu anda memandu keluar rumah.

5. My Groser

https://mygroser.com/

My Groser adalah kedai runcit online yang membuat penghantaran di seluruh Lembah Klang, Petaling Jaya, Subang Jaya, USJ, Kuala Lumpur, Shah Alam, Damansara, Bangsar, Mont Kiara, Puchong, Bandar Utama, Tropicana, Ampang dan banyak lagi!

Korang boleh muat turun aplikasi My Groser do Google PlayStore. Tinjauan SinarPLus mendapati rata-rata ramai pengguna sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh My Groser.

Muat turun aplikasi dan masukkan alamat korang untuk melihat sama ada mereka membuat penghantaran ke kawasan rumah korang atau tidak.

6. Everleaf

https://everleafstore.com

Iklan

Bagi korang yang ingin mendapatkan barangan dapur organik, Everleaf adalah kedai online yang sesuai. Pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang ditanam oleh petani tempatan di jual di Everleaf.

Penghantaran akan dibuat pada Selasa, Khamis dan Santu bergantung kepada waktu korang membuat pesanan. Everleaf mengenakan cas penghantaran berpatutan dan cas penghantaran percuma bagi pembelian RM180 ke atas.

7. Pantry Express

https://www.pantryexpress.my

Pantry Express menawarkan penghantaran barangan keperluan harian dan dapur sejak tahun 2016. Selain membayar menerusi perbankan dalam talian, korang boleh juga membuat bayaran semasa penghantaran atau cash on delivery.

Bagi korang yang tinggal di Lembah Klang, bolehlah mendapatkan perkhidmatan Pantry Express dengan cas penghantaran yang berpatutan.

Tidak perlu keluar rumah dan ambil risiko untuk mengunjungi pasar raya dalam tempoh ‘total lockdown’ ini. Selain daripada aplikasi dan laman web di atas, korang boleh cuba dapatkan khidmat penghantar atau runner di kawasan korang atau peniaga dalam komuniti di laman Facebook di tempat masing-masing. Lebih dekat dan cepat.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu korang mendapatkan barangan keperluan dengan cara yang mudah dan selamat tanpa perlu keluar dari rumah. Ingat, sentiasa berwaspada dan dapatkan penghantaran tanpa sentuhan untuk mengelakkan penularan Covid-19.